Jumaat, 6 Januari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Iskandar Malaysia tak terjejas

Posted: 05 Jan 2012 03:51 PM PST

Nasional

NAJIB dan Hsien Loong diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) mengenai pembangunan Iskandar Malaysia di Putrajaya, semalam.

NAJIB dan Hsien Loong diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) mengenai pembangunan Iskandar Malaysia di Putrajaya, semalam.

Projek jangka panjang mampu disiapkan ikut jadual ditetapkan: Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin Iskandar Malaysia akan terus berkembang dan projek itu mampu disiapkan mengikut jadual walaupun berhadapan ketidaktentuan ekonomi global.

Perdana Menteri berkata, tiada tanda-tanda menunjukkan perkembangan keseluruhan Iskandar semakin perlahan walaupun ketidaktentuan ekonomi global dikatakan memberi kesan terhadap perkembangan keseluruhan projek usaha sama itu. "Malah, pelaburan sebenarnya bergerak mengikut jadual," katanya dan menambah keadaan ekonomi semasa di Malaysia dan Singapura akan berterusan pada paras kondusif bagi sektor swasta untuk terus melabur di Iskandar Malaysia.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura, di sini semalam.

Sementara itu, Lee berkata Iskandar Malaysia adalah projek jangka panjang dan beliau telah melihat pada tinjauan jangka panjang daripada prestasi suku tahun ke suku tahun.

"Apa yang lebih penting ialah untuk meneruskan kerjasama," katanya sambil menyatakan bahawa ekonomi Singapura masih mencatatkan prestasi positif.
Hsien Loong juga berkata, ekonomi republik itu berkembang 4.8 peratus pada 2011 dan diunjurkan berkembang antara 1.0 dan 3.0 peratus pada tahun ini.

Sebelum itu, Najib menyambut Hsien Loong di Aras Satu Pejabat Perdana Menteri dan kedua-dua pemimpin itu kemudian beredar ke Aras Lima bagi acara Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura.

Kedua-dua Perdana Menteri bersetuju bahawa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia perlu meneroka lebih banyak cara bagi meningkatkan kerjasama. Bagi tujuan itu, satu kumpulan kerja baru mengenai kerjasama perindustrian akan dibentuk di bawah Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi menggalakkan aktiviti ekonomi berkembar yang saling memberi manfaat kepada Iskandar Malaysia dan Singapura.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

SBPA didakwa pinggir pensyarah

Posted: 05 Jan 2012 03:50 PM PST

Nasional

RAZLI (kiri) bersama Omar pada sidang media selepas perjumpaan dengan wakil MPKA seluruh negara di Putrajaya, semalam.

RAZLI (kiri) bersama Omar pada sidang media selepas perjumpaan dengan wakil MPKA seluruh negara di Putrajaya, semalam.

JPA diminta kaji kenaikan gaji dengan ambil kira kesarjanaan, kekananan

PUTRAJAYA: Majlis Persatuan Kakitangan Akademik (MPKA) Malaysia yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah gred 54 ke bawah di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula pelarasan gaji mengikut Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat meminggirkan mereka.

Pengerusi MPKA Malaysia, Prof Madya Dr Razli Che Razak, berkata kajian semula itu perlu kerana peralihan tangga gaji dari Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA untuk kakitangan akademik bergred DS54, DM54, DU54 dan DUG54 ke bawah didapati meminggirkan prinsip kesarjanaan dan kekananan seseorang kakitangan akademik di IPTA. Beliau berkata, MPKA melihat pelarasan gaji berkenaan sepatutnya mengambil kira aspek kesarjanaan dan kekananan seseorang pensyarah dalam pelaksanaan SBPA supaya ia adil kepada semua pihak.

"Jika kita lihat kembali pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam mesti antara tujuh hingga 13 peratus daripada gaji mereka mengikut SSM, tetapi ia tidak berlaku kerana hasil analisis mendapati peningkatannya (mengikut SBPA) hanya kira-kira tiga peratus.

"Malah, jika dilihat dari segi gaji permulaan pensyarah gred DS45 mengikut SSM dan SBPA, kenaikan hanya RM3.90 iaitu daripada RM2,546 kepada RM2,550. Bagi kenaikan gaji gred 52 dan 54 pula tidak mengambil kira aspek kekananan dan tempoh perkhidmatan," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil MPKA dari seluruh negara di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, MPKA mendesak JPA melantik sekurang-kurangnya tiga wakilnya menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan tanpa kekangan gred dan tidak mengira sama ada mereka dari kumpulan profesional atau bukan.
Selain itu, Razali berkata, JPA perlu mempertimbangkan pemberian insentif baru kepada kakitangan akademik berdasarkan status universiti atau kepakaran seperti Universiti Penyelidikan atau Universiti APEX menerusi pelaksanaan pemberian insentif di bawah SBPA pada 2013.

"Kita juga berharap JPA akan mengkaji semula dan mengubah frasa opsyen dalam surat tawaran SBPA yang bertulis 'muktamad' kerana ia dilihat sebagai paksaan dan tidak membenarkan rundingan," katanya.

Berikutan itu, MPKA bercadang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagi membincangkan masalah itu.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, yang turut hadir berkata, beliau menyokong tindakan MPKA itu dalam menyuarakan pandangan mereka kerana ia mampu menjamin kebajikan kakitangan akademik di negara ini.

"Kebajikan kakitangan akademik amat penting kerana mereka memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan dan melahirkan tenaga kerja berkualiti di Malaysia.

"Justeru, CUEPACS berharap JPA turut mengambil kira desakan dan pandangan kakitangan akademik di IPTA dalam perbincangan mereka tidak lama lagi," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Cinta

SBPA secara keseluruhannya adalah berat sebelah dengan kelebihan tertumpu kepada Kumpulan Premier yang melihat margin peningkatan yang 'menakjubkan' berbanding dengan mana-mana kumpulan perkhidmatan lain.

Jika kumpulan pensyarah dipinggirkan dalam SBPA apatah lagi nasib Kumpulan Pelaksana (Gred SSM 1 - 26) yang mana laluan kerjaya adalah terbatas dan tidak jelas, serba serbi mengikut Kuota yang ditetapkan, dan banyak lagi 'sekatan' lainnya. Walaupun Kumpulan Pelaksana ini telah berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri dengan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti diploma, ijazah, master dan ijazah sarjana, peluang yang ada tetap terhad dan tiada 'recognition' diberikan. Malahan, Kumpulan Pelaksana (Gred SSM N17) hanya mendapat kenaikan tangga gaji (Gred N22 SSM) selepas 15 tahun berkerja, itupun melalui pelbagai syarat yang ditetapkan.

Sungguhpun SBPA diwar-warkan diterima 'DENGAN GEMBIRA' oleh semua PA, hakikatnya, pelaksanaan SBPA mendapat 'silent protest' yang sangat meluas dengan majoriti protestor adalah Kumpulan Pelaksana yang merupakan majoriti dalam Perkhidmatan Awam. Apakan daya, timun dengan 'blender', kalau terjun masuk habis hancur diblender plak nanti...

JPA mahukan Penjawat Awam yang proaktif dan sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan namun kemudahan yang ada 'kurang menyokong' kearah peningkatan ini.

Usaha Cuepacs untuk membela PA khususnya Kumpulan Pelaksana amatlah dihargai, namun kuasa masih ditangan JPA, walau sebanyak manapun cadangan diberikan, jika tidak diberi pertimbangan, hasilnya Kumpulan Pelaksana kekal ditampuk lama.

Catatan ini sekadar sedikit luahan hati. Kumpulan Pelaksana sebenarnya tidak kisah sangat dengan kenaikan gaji atau kelebihan yang diterima oleh mana-mana Kumpulan Perkhidmatan yang lain, tetapi Kumpulan Pelaksana menagih sedikit penambahbaikan kepada skim ini. Jika tiada pun kami masih akan berkerja demi mencapai sasaran prestasi cemerlang, jika ada maka kami panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi diatas rahmat dan rezeki yang diberikan.

Wassalam.

GredN17

Bersyukurlah dgn apa yg diberi.. bila gaji diselaraskan atau dinaikkan, mutu dan kualiti kerja pun dinaikkan la. Jangan msk kerja pagi kejap, lepas tu keluar minum berjam-jam. Waktu makan tengahari pun sama, keluar pukul 1, pukul 3.00 baru masuk. Jangan ingat gred dah N41 boleh buat sesuka hati..

noor aini hussain

Saya amat bersetuju dengan pandangan MPKA. Penyelarasan semula tangga gaji pensyarah DS45 ke atas perlu dikaji semula dengan mengambil kira tanggungjawab yang dipikul oleh pensyarah bagi melahirkan generasi dan tenaga kerja berkualiti di Malaysia.Semuga MPKA berjaya dalam tuntutan ini

Sarjana

Akhirnya ada juga yang membela golongan sarjana yang dikategorikan minoriti dalam perkhidmatan awam.

lasteri said

Harus d i kaji permintaan golongan pesyarah. Mereka memainkan peranan penting dlm melahirkan para cendikawan. Pasti ada beza antara mereka dgn k/tangan perlaksana kerana mereka mendapat status persyarah pun selepas bertungkus lumus menambahkan taraf pendidikkan demi disalurkan semula pada siswa siswi di pusat2 pengajian tinggi.

Pegawai Kerajaan

SBPA memang untuk meningkatkan sosio ekonomi kakitangan kerajaan, namun perlaksanaannya tidak menyeluruh. Kelebihan hanya pada beberapa pihak dan beberapa skim. Bagi kami Pegawai Latihan Gred E pun tak berapa nampak kelabihannya. Sama ada mempunyai kelyakan akademik Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah skim gaji masih bermula dengan SPBA T1. Masalah skim Pegawai Latihan (E) ini tak berapa nampak sebab mereka ini tak ramai.

L

ini hanya penstrukturan semula, pelarasan akan menyusul, sabar la sikit...

ali

kalau kenaikan yang kecil diperingkat pensyarah tu saya kira tiada masalah sebab gaji mereka dah besar tapi kalau dilihat gred 17 yang naik rm1.73 macamana pulak, gaji dah la kecil x sampai pun rm 1000.00..belanja makin naik gaji x naik2, sedihnya kakitangan awam peringkat bawahan..

akujugapensyarah

Bagi je gaji macam jusa..mesti diam punyer. Tengoklah PM nak dengar keluhan kumpulan pensyarah ni ataupun keluhan kumpulan sokongan.


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan