Khamis, 5 Januari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Waktu rehat sekolah lebih awal

Posted: 04 Jan 2012 03:18 PM PST

Nasional

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin   bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,   Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bertanyakan sesuatu  kepada murid Sekolah Kebangsaan   Bukit Pantai, Bangsar, Mohd Aqif Amsyar Abu Haris ketika   meluangkan masa  meninjau keadaan murid Tahun Satu dan Dua sekolah itu, semalam.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bertanyakan sesuatu kepada murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar, Mohd Aqif Amsyar Abu Haris ketika meluangkan masa meninjau keadaan murid Tahun Satu dan Dua sekolah itu, semalam.

Perubahan jadual pastikan murid Tahun Satu dapat bersarapan, lebih segar: TPM

KUALA LUMPUR: Sekolah rendah yang mempunyai ramai murid Tahun Satu bermasalah menikmati sarapan di rumah diminta mewujudkan waktu rehat fleksibel pada sepanjang minggu pertama atau tempoh tiga minggu program transisi persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu untuk membolehkan mereka yang terpaksa keluar awal ke sekolah, mempunyai ibu bapa bekerja dan tidak sempat menyediakan sarapan diberikan waktu rehat lebih awal. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mencadangkan ia dilaksana di semua sekolah tetapi hanya kepada sekolah yang berdepan dengan masalah itu.

"Bagi saya, itu tidak boleh kita pandang ringan kerana ia boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi akan lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak kecil.

"Oleh itu, sekolah kena buat pertimbangan sesuai. Jika waktu rehat jam 9.45 pagi, ia boleh diawalkan kepada jam 8.30 atau 9 pagi supaya mereka segar dan dapat meningkatkan keupayaan untuk menimba pelajaran di sekolah selepas rehat," katanya selepas melakukan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar di sini, semalam.

Muhyiddin yang tiba di sekolah itu pada jam 8 pagi disambut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan guru besar sekolah berkenaan, Sopian Mokhtar.
Beliau kemudian meninjau ke empat kelas yang menempatkan murid Tahun Satu sambil beramah mesra dengan murid Tahun Satu, guru serta ibu bapa yang menunggu di luar bilik darjah.

Mengenai kelancaran sesi baru persekolahan itu, katanya, pihaknya berpuas hati dengan semua kemudahan untuk pembelajaran seperti bekalan buku teks, kerusi dan meja dapat diatasi melalui peruntukan tambahan RM20 juta yang disediakan kerajaan.

"Bagi sekolah menengah peralihan daripada sekolah rendah ke menengah terutama dalam soal pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula, masalah tidak sepatutnya timbul kerana kita sudah memutuskan memberi kelonggaran untuk pelajar mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik sama ada dalam bahasa Malaysia, Inggeris atau dwi bahasa," katanya.

Sementara itu, Sopian berkata, pihaknya akan melaksanakan cadangan Muhyiddin berkenaan dengan memberikan waktu rehat lebih awal daripada jam 9.40 pagi kepada jam 9 pagi apabila mendapati kebanyakan murid Tahun Satu di sekolah itu tidak bersarapan ketika datang pada hari pertama persekolahan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Nor Hayati Musa

Assalamualaikum
di UK setiap sekolah ada breakfast club dimana ibu bapa bayar sedikit untuk anak2 menyertai...cereal/susu/sandwich pukul 7-7.30
amat penting breakfast sila refer harvard article. tq


Full content generated by Get Full RSS.

PKR mahu negara huru-hara

Posted: 04 Jan 2012 03:17 PM PST

Nasional

Tindakan adakan perhimpunan haram tidak hormati undang-undang: TPM

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu negara ini aman dan stabil kerana ia menjadi liabiliti kepada mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, mereka meneruskan rancangan perhimpunan di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini bagi memastikan negara yang aman dan stabil menjadi huru-hara. "Keadaan aman itu adalah liabiliti kepada mereka. Mereka hendak keadaan porak-peranda dan huru-hara dengan cara membangkitkan kebencian serta memprovokasi orang ramai untuk sama terbabit dalam kegiatan seperti itu.

"Perkara yang penting, adakah kita mahu biarkan ia berlaku?," katanya ketika diminta mengulas hasrat PKR meneruskan demonstrasi walaupun dikecam pelbagai pihak selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar, di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa tetap meneruskan perhimpunan haram itu walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Azmin mendakwa mampu menghimpunkan 100,000 orang pada hari berkenaan serta akan bergerak ke Pulau Pinang untuk menyertai perhimpunan besar di negeri itu dengan gerakan itu akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang bagi memastikan Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung perhimpunan itu bukan satu perkara remeh, sebaliknya perlu diberi perhatian serius.

Beliau berkata, pemimpin PKR perlu lebih bertanggungjawab dan menunjukkan contoh terbaik dengan menghormati proses undang-undang, bukannya mengajak rakyat menentang pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang.

"Ini tertib amalan yang harus dilakukan, jangan kita bersikap sombong, angkuh macam nak menentang pihak berkuasa, tidak menghormati undang-undang walaupun dalam peringkat yang lain mereka melaungkan soal ketelusan undang-undang, integriti, cara berbuat sesuatu yang boleh membangunkan negara, tetapi dalam hal lain janganlah lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan," katanya.

Muhyiddin berkata, tindakan itu juga menunjukkan PKR sudah membuat andaian awal seolah-olah sudah tahu apakah hukuman yang akan dibuat oleh mahkamah.

"Ini sangkaan buruk yang bagi kita sebagai orang Islam adalah sesuatu yang kita tidak harus lakukan. Kita tahu ia adalah agenda peribadi," katanya.

Mengenai isu rasuah membabitkan pihak berkuasa di sempadan hingga mengakibatkan banyak penyeludupan berlaku yang dilaporkan akhbar New Straits Times kelmarin, Muhyiddin berkata, ia satu pendedahan berat dan pihak berkuasa yang terbabit perlu mengambil tindakan.

Katanya, pendedahan itu harus menjadi peringatan supaya langkah tegas dapat diambil.

"Saya tidak fikir hal ini sukar hingga tidak boleh dibuat apa-apa. Mesti ada cara untuk mengatasinya dan kita serah kepada pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan.

"Saya berharap kerjasama antara Pasukan Gerak Am (PGA), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mengatasi keadaan itu bagi meletakkan negara pada kedudukan tertinggi dari segi integriti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan