Rabu, 4 Januari 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


mohon maaf kepada Taib Mahmud

Posted:

<i>Malaysiakini</i> mohon maaf kepada Taib Mahmud

Malaysiakini mohon maaf kepada Taib Mahmud

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung penyiaran 12 artikel berunsur fitnah terhadap beliau, lima tahun lalu.

Permohonan maaf oleh pengendali portal itu, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. dan Ketua Pengarangnya, Steven Gan Diong Keng, 49, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah oleh Abdul Taib itu, dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam mereka, Fahri Azzat di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Berikutan permohonan maaf tersebut dan persetujuan defendan untuk menahan diri daripada terus menerbitkan perkataan-perkataan fitnah itu atau yang serupa kesannya, Abdul Taib bersetuju menarik balik tuntutan saman berkenaan.

Abdul Taib selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu pada 2007 setelah portal berita secara dalam talian di Internet itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April dan 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Plaintif mendakwa, artikel-artikel itu mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta daripada syarikat-syarikat perkapalan Jepun melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak.

Sementara pernyataan pembelaan pihak defendan terhadap tuntutan saman itu sebelum ini menyatakan bahawa perkataan yang terkandung dalam artikel-artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Dalam kenyataan pihak defendan hari ini, mereka mengakui menyiarkan artikel-artikel itu hanya berdasarkan kepada laporan berita oleh beberapa media Jepun tanpa mengesahkan kebenaran laporan berita itu dengan plaintif atau pihak berkuasa yang lain.

Menurut defendan, mereka difahamkan bahawa Biro Pencukaian Serantau Tokyo (TRTB) telah mengubah keputusannya berhubung dakwaan isu wang sogokan itu setelah mendapati tuduhan itu sama sekali tidak berasas.

"Kami dengan ini mengakui bahawa artikel-artikel berhubung wang sogokan yang melibatkan syarikat perkapalan Jepun telah diterbitkan secara salah," kata defendan.

Mereka juga melahirkan rasa kesal terhadap sebarang sindiran yang tidak diingini dan bersetuju serta berjanji tidak akan menyiarkan sebarang laporan berita atau kenyataan terhadap plaintif berhubung isu sogokan membabitkan syarikat perkapalan Jepun kepada syarikat luar pesisir Hong Kong dikenali sebagai Regent Star.

''Kami mengakui artikel-artikel tersebut telah menyebabkan plaintif merasa malu, mengalami kesusahan dan menjejaskan reputasi beliau dan memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang dihadapinya,'' ujar pihak defendan.

Ekoran permohonan maaf itu, pihak defendan juga akan menyiarkan berita daripada TRTB yang memutuskan bahawa jumlah yang dibayar oleh syarikat perkapalan Jepun adalah bayaran yang sah.

Terdahulu, peguam Robert Lazar yang mewakili Abdul Taib menyatakan, pihak defendan telah menerima kesilapan serius mereka apabila menerbitkan artikel-artikel yang mengaitkan mereka dengan plaintif secara peribadi dan mengakui telah menjejaskan, memalukan dan menyusahkan plaintif.

Menurutnya, plaintif membawa kes itu ke mahkamah demi keadilan untuk memperbetulkan artikel-artikel palsu dan berniat jahat yang diterbitkan oleh pihak defendan.

Beliau menambah, tindakan saman itu dilakukan dalam keadaan plaintif dengan tegasnya menafikan terlibat dalam sebarang salah laku seperti yang didakwa dalam artikel-artikel berkenaan.

Persetujuan kedua-dua pihak bagi tujuan penyelesaian tersebut kemudian direkodkan oleh Hakim Rosilah tanpa sebarang perintah kos.

Full content generated by Get Full RSS.

Bapa mengaku tidak bersalah

Posted:

Bapa mengaku tidak bersalah

Bapa mengaku tidak bersalah

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BUTTERWORTH 4 Jan. – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mengurung dan merantai kaki dua anaknya dengan rantai besi di dalam bilik air yang boleh mendedahkan mereka kepada kecederaan fizikal dan emosi pada hujung tahun lalu.

Tan Hooi Keong, 43, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuannya, Tan Ming Zhi, 6, dan anak lelakinya, Tan Ming Han, 2, di dalam bilik air rumah bernombor 21, Jalan Mawar, Taman Dahlia dekat sini antara pukul 3 petang dan 8 malam, 28 Disember lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan, Hooi Keong yang memakai kemeja-T berwarna merah dilihat mengangguk kepala tanda faham sebelum membuat pengakuan tidak bersalah.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Masnuraznim Abdul Malik yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Hooi Keong yang tidak diwakili peguam bela memohon agar jumlah jaminan tersebut dikurangkan.

Majistret Mohd. Zamir Suhaimee kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Februari ini.

Semalam, Mahkamah Majistret di sini memerintahkan bahawa hak penjagaan sementara terhadap dua kanak-kanak malang itu diserahkan kepada bapa saudara mereka, Munawar Tan Abdullah selama sebulan sementara menunggu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan siasatan.

Dua beradik itu diselamatkan oleh pihak polis dan pegawai JKM Seberang Perai Utara dalam keadaan separuh bogel dan kaki mereka dirantai di dalam tandas di rumah mereka selepas menerima laporan daripada jiran mereka yang terdengar suara kanak-kanak menangis di rumah berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan