Ahad, 15 Januari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Homoseksual: Apa kata Anwar

Posted:

Homoseksual: Apa kata Anwar

Homoseksual: Apa kata Anwar

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengrang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

''Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.

Kata beliau lagi: "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan."

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.

Full content generated by Get Full RSS.

BN tidak gentar jelajah Anwar

Posted:

BN tidak gentar jelajah Anwar

BN tidak gentar jelajah Anwar

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada Noh Omar mengenai model Rancangan Tebatan Sungai Kerian sambil diperhatikan oleh Zambry Abd. Kadir pada sambutan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2011 di Parit Buntar, Perak, semalam. - MINGGUAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN


PARIT BUNTAR 14 Jan. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berdepan apa jua strategi pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sibuk menjelajah dalam dan luar negara untuk meraih sokongan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana pendekatan tersebut sudah menjadi modal pakatan pembangkang sejak dahulu lagi.

"Itu perkara biasalah kalau pembangkang, apa lagi modal yang dia ada selain buat roadshow atau ceramah. Negara kita mengamalkan demokrasi, jadi masing-masing ada kaedah dan cara untuk meraih sokongan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik sumber mengatakan Anwar dipercayai sedang sibuk menjelajah ke beberapa tempat termasuk luar negara bagi mendapatkan sokongan selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Isnin lalu.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu akan menjejaskan BN, Najib yang juga Pengerusi BN berkata: "Kita akan berdepan dengan pembangkang dalam apa bentuk sekalipun. Ini bukan kali pertama, jadi saya tidak anggap ini aneh atau luar biasa."

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kononnya ada pemimpin BN dan UMNO yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, Najib berkata, ia adalah satu lagi helah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap keretakan yang sedang berlaku dalam pakatan pembangkang.

"Macam-macam dia (Mohamad Sabu) boleh cakap, kalau dia tidak dilanggar polis pun dia boleh kata dilanggar, (jadi) tidak menghairankan," katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai keputusan menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Najib memberitahu, kerajaan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru memandangkan skim tersebut perlu diteliti secara lebih menyeluruh.

"Kita akan mendengar kalau ada mana-mana pihak yang rasa tidak puas hati sama ada jumlah kenaikan terlalu kecil atau parity (tidak seimbang) dengan kumpulan tertentu, ini semua kita akan ambil kira," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan terlalu memberi kelebihan kepada peneroka Felda berbanding golongan petani lain, Najib menegaskan, pandangan itu tidak tepat kerana kejayaan Felda pada hari ini tidak dicapai dengan mudah.

"Pada peringkat awal mereka (peneroka Felda) juga menghadapi kesusahan, bukan senang. Banyak juga yang tidak melepasi ujian, jadi yang kekal itu berhak mendapat manfaat kemudian hari," jelas beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

halalkan seks luar tabii jijik

Posted:

halalkan seks luar tabii jijik

halalkan seks luar tabii jijik

MUAR 14 Jan. – Desakan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) supaya kerajaan menghalalkan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan cara meminda undang-undang sedia ada adalah gesaan yang jijik, tidak bertamadun dan melanggar norma hidup masyarakat negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, rakyat Malaysia tidak akan menerima apatah lagi bersetuju untuk menghalalkan amalan seks songsang.

"Setiap negara mempunyai latar belakang sosial serta nilai budaya sendiri dan sebagai negara Timur, budaya songsang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat negara ini.

"Ia (menghalalkan LGBT) tidak sesuai di Malaysia biarpun pilihan seks itu kita anggap hak dan kebebasan individu, tetapi budaya ini tidak harus digalakkan," katanya selepas merasmikan Majlis 1Azam Niaga dan sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pu Nan, Bukit Bakri, di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan