Ahad, 8 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Hasan Ali sedih perjuangan dibalas dengan pemecatan

Posted: 08 Jan 2012 03:10 AM PST

Mutakhir

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa PAS Pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, berkata beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. "Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily, hari ini berkata keputusan memecat Dr Hasan dibuat pada mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Polis minta Azmin patuhi 10 syarat perhimpunan

Posted: 08 Jan 2012 03:07 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannya esok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin," katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam. Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL kelmarin.

Bahkan, kata Mohmad, surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

"Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyai salinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar," katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.
Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

"Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan)," katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi.

Perhimpunan itu diadakan berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan esok terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Penasihat PKR, 64, yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan