Ahad, 8 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Jampi pejal payudara

Posted: 07 Jan 2012 11:52 AM PST

KOTA BHARU: Gabungan urutan 'overhaul', membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut 'overhaul'.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

"Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.


"Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Gigil lihat mayat

Posted: 07 Jan 2012 11:50 AM PST

PONTIAN: "Pada mulanya saya melontar kayu ke arah sekumpulan anjing yang mengerumuni objek di tepi belukar, namun hampir pitam apabila mendapati objek itu adalah mayat lelaki yang sudah busuk," kata warga Indonesia, Mohd Ikrom Selamat, 30, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam di Kampung Sungai Burung, Ikrom dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya yang terletak berhampiran sebelum terserempak dengan kumpulan anjing itu.


Perasaan ingin tahu menyebabkan Ikrom melontar kayu ke arah haiwan terbabit sebelum menghampiri objek itu.

"Badan saya menggigil kerana terkejut dengan penemuan mayat tidak berkasut itu. Saya terus memaklum penduduk kampung," katanya.


Penduduk, Razif Margono, 40, berkata, sejurus dimaklumkan oleh Ikrom, dia terus ke sana sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Nanas.


"Ini kejadian pertama membabitkan penemuan mayat di kampung kami dan berharap penjenayah segera ditahan, sekali gus menyelesaikan kes itu," katanya.

Sumber polis di lokasi kejadian memaklumkan, mayat lelaki terbabit berusia lingkungan 40-an dan dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di kampung berkenaan.


"Mangsa berkulit cerah dan kasutnya yang berwarna gelap ditemui tidak jauh dari lokasi mayat dijumpai.

"Pada masa sama, identiti mangsa juga belum dapat dikenal pasti kerana kami tidak menemui dokumen pengenalan dirinya bersamanya.


"Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terlentang, memakai baju T belang serta berseluar jeans biru. Dia dipercayai mati lebih 24 jam lalu," katanya.


Menurut sumber, pihaknya akan berusaha mengesan identiti mangsa melalui data orang hilang dan meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau kenalan supaya membuat pengecaman di Hospital Pontian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


"Siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap berkaitan penemuan mayat terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan