Rabu, 11 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Diesel RM27,900 dirampas dua operasi berasingan

Posted:

Diesel RM27,900 dirampas dua operasi berasingan

Diesel RM27,900 dirampas dua operasi berasingan

SEREMBAN 10 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan merampas sejumlah 4,500 liter minyak diesel bernilai RM27,900 dalam dua operasi berasingan di sekitar bandar ini kelmarin dan semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, sebanyak 4,000 liter diesel subsidi dirampas di sebuah premis rumah kedai yang dijadikan stor menyimpan bahan bakar berkenaan di Seremban Selatan dekat sini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Mohd. Talal Abu Bakar berkata, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Putrajaya hasil daripada risikan dan aduan yang diterima.

''Dalam serbuan itu, kita juga bertindak menahan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang disyaki terlibat menguruskan premis dan aktiviti haram tersebut.

''Hasil pemeriksaan, kita menganggarkan nilai keseluruhan rampasan ini mencecah nilai RM27,000," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 8 kelmarin, Mohd. Talal berkata, pihaknya bertindak merampas sebuah lori dilengkapi dengan tangki diubah suai yang membawa hampir 500 liter diesel bernilai RM900.

''Pemeriksaan turut mendapati tangki itu disorok di belakang lori berkenaan di bawah timbunan jerami bagi mengaburi pihak berkuasa.

''Kita juga bertindak menahan pemandu lori berkenaan yang berusia 24 tahun selepas dia selesai mengisi diesel di sebuah stesen minyak di Taman Tuanku Jaafar," ujarnya.

Menurutnya, kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki diesel secara tidak sah.

''Jika disabit kesalahan, didenda RM100,000 bagi orang perseorangan dan RM250,000 bagi syarikat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan setuju bayar pampasan bas henti-henti

Posted:

Kerajaan setuju bayar pampasan bas henti-henti

Kerajaan setuju bayar pampasan bas henti-henti

MELAKA 10 Jan. - Kerajaan negeri bersetuju membayar pampasan berjumlah RM7.2 juta kepada syarikat dan pekerja bas henti-henti di negeri ini bagi menyelesaikan isu pengambilalihan perkhidmatan itu sebelum 1 Februari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bagi menanggung kos pembayaran pampasan itu, kerajaan negeri akan meminjam daripada beberapa agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, jika semuanya berjalan lancar proses pembayaran kepada syarikat bas terbabit akan dilakukan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Memandangkan peruntukan Kerajaan Pusat belum diterima, jadi kerajaan negeri terpaksa meminjam beberapa agensi kerajaan negeri bagi membayar pampasan itu bagi memastikan pengguna bas tidak alami kesulitan," katanya di sini, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

PBT digesa pantau lokasi pelancongan

Posted:

PBT digesa pantau lokasi pelancongan

PBT digesa pantau lokasi pelancongan

ALOR GAJAH 10 Jan. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diingatkan supaya mempergiatkan pemantauan di lokasi tumpuan pelancong dan memastikan segala kemudahan awam berada dalam keadaan yang baik, selesa dan selamat digunakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, hasil daripada lawatan kerja ke lokasi tumpuan pelancong di daerah ini mendapati kemudahan awam yang disediakan tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.

"Pihak bertanggungjawab perlu sentiasa memantau dan melakukan penyelenggaraan berkala terhadap semua kemudahan awam supaya berada dalam keadaan baik dan yang paling penting selamat untuk digunakan," katanya di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan