Selasa, 10 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Syabu 'berperisa' mangga dirampas

Posted:

Syabu 'berperisa' mangga dirampas

Syabu 'berperisa' mangga dirampas

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Govinden (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu seberat enam kilogram bernilai RM1.5 juta yang disorok dalam makanan oleh seorang wanita warga Iran pada sidang media di Sepang, semalam.


SEPANG 10 Jan. - Sindiket penyeludupan dadah sekali lagi dikesan menggunakan taktik baru untuk mengaburi mata pihak penguat kuasa dengan menambah pewarna dan perisa tiruan ke atas dadah jenis syabu yang dibawa masuk ke negara ini.

Terbaru, seorang wanita warga emas berumur 57 tahun dari Iran ditahan pada Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menyorok dadah berwarna jingga dan berbau seperti mangga dalam pek serbuk minuman di dalam bagasinya.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Datuk M. Govinden berkata, selain pek serbuk minuman, syabu berjumlah enam kilogram bernilai RM1.5 juta juga disorok dalam peket kecil kopi cappucino, pek makanan, bungkusan krimer, pek tisu lembap dan berkas bedak talkum.

''Penyeludup telah menukar warna syabu tersebut kepada warna jingga dan coklat, ia nampak dan berbau seperti serbuk minuman berperisa mangga dan krimer coklat.

''Selain itu mereka turut menyorok pek syabu dalam bekas bedak talkum bagi mengaburi mata penguat kuasa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Govinden berkata, beliau tidak menafi kemungkinan wanita Iran tersebut merupakan keldai dadah tetap kerana pernah melawat Malaysia sebanyak 11 kali sejak 2010 dan yang terbaru pada 1 Januari lalu.

''Ketika ditahan, wanita ini membawa dua bagasi dengan sebuah daripadanya diisi pakaian manakala bagasi kedua digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis bungkusan makanan yang menyorok dadah.

''Bagasi wanita itu menimbulkan kecurigaan pegawai penguat kuasa yang seterusnya memeriksa secara teliti setiap pek makanan dan minuman serta bekas bedak talkum yang dibawanya," katanya.

Tambahnya, penahanan wanita Iran tersebut merupakan tangkapan kedua di KLIA pada tahun ini selepas tiga keldai dadah yang tiba dari Turki ditahan pada 1 Januari lalu kerana membawa masuk syabu seberat 10.2 kilogram.

Full content generated by Get Full RSS.

Kes pegawai SPRM: Lebih 30 dokumen diserah

Posted:

Kes pegawai SPRM: Lebih 30 dokumen diserah

Kes pegawai SPRM: Lebih 30 dokumen diserah

SEPANG 10 Jan. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan sudah melengkapkan sesi penyerahan sejumlah lebih 30 dokumen kepada pembelaan melibatkan bahan bukti yang bakal dikemukakan pada perbicaraan tiga pegawai risik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dokumen-dokumen itu termasuk rakaman cakera padat video (VCD) dan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kejadian rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), melibatkan ketiga-tiganya serta seorang ahli perniagaan.

Ahli perniagaan tersebut yang merupakan tertuduh utama dalam kes itu, menghadapi tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga warganegara Singapura melibatkan wang tunai mencecah RM1 juta. Ketiga-tiganya pula didakwa atas dakwaan bersubahat.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob kemudian menetapkan 10 Februari depan bagi satu lagi sebutan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan selain memberi ruang kepada pihak pembelaan meneliti dokumen-dokumen berkenaan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan, pihaknya dihubungi oleh peguam M. Athimulan yang memohon satu lagi tarikh sebutan bagi membolehkan dokumen-dokumen itu diteliti dan membuat sebarang permohonan kelak.

Beliau hadir bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Najib Zakaria, Yusaini Amer Abdul Karim dan Peter Gregory Cyril mewakili pihak pendakwaan.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan kali kedua kes keempat-empat mereka yang meminta dibicarakan atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga warganegara Singapura.

Timbalan Penguasa, S. Vijayarao, 33, dan dua pegawai berpangkat Penolong Penguasa, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad, 30, bersama Aziz Jaafar, 48, serta ahli perniagaan, T. Sritharan, 32, hadir di mahkamah bagi sebutan kes tersebut. Ketiga-tiga pegawai SPRM itu kini ditahan kerja.

Dalam kes itu, Sritharan didakwa atas tiga tuduhan utama melakukan rompakan berkumpulan ke atas Hameed Saadik Batcha, Abd. Rahman Maricar dan Mohamed Zakkariya Mohamed Shatik masing-masing melibatkan wang tunai AS$100,000 (RM320,000).

Lelaki itu turut didakwa atas tiga tuduhan utama menipu mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM. Dia didakwa melakukan rompakan berkumpulan dan menipu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, D. Nagarajan, 34.

Rompakan berkumpulan itu didakwa dilakukan pada pukul 11.25 malam, 15 September lalu di tandas lelaki bersebelahan Restoran Deli France, Tingkat 1, Bangunan Satelit KLIA.

Sritharan turut menghadapi tiga tuduhan pilihan menyamar sebagai pegawai SPRM. Tuduhan menipu dan menyamar didakwa dilakukan pada pukul 11 malam, hari yang sama di Bangunan Satelit KLIA.

Ketiga-tiga pegawai risik itu pula didakwa atas tuduhan bersubahat dengan Sritharan dan Nagarajan melakukan rompakan berkumpulan, penipuan dan penyamaran serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap ketiga-tiga rakyat asing itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan