Sabtu, 7 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Tiga lelakiditahan termasuk wartawan

Posted:

Tiga lelakiditahan termasuk wartawan

Tiga lelakiditahan termasuk wartawan

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Tiga individu termasuk seorang wartawan Suara Keadilan hari ini ditahan kerana melukis grafiti berunsur ugutan jenayah di dinding sebatang tiang di susur keluar Pantai Dalam awal pagi tadi, dipercayai ada kaitan dengan kempen Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

Penahanan tiga lelaki berusia antara 27 dan 29 tahun tersebut dibuat hasil rondaan polis yang terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berdekatan Stesen Komuter Angkasapuri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mereka cuba melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis tetapi berjaya diberkas.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui dua kertas kadbod tertera tulisan 'Turun Tibai Rosmah', dipercayai ada kaitan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga keping kadbod tertera 901 dan sekeping lagi, TTR.

"Mereka dipercayai terlibat menyembur perkataan sama di Pasar Seni, Tembok Penjara Pudu, Hentian Bas Jalan Raja Laut, Bangsar Utama dan Stesen KTM Lembah Pantai.

Sehubungan itu, mereka ditahan reman selama empat hari sehingga 10 Januari ini untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah serta kata-kata atau perlakuan yang bertujuan memberi malu terhadap seseorang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, ketiga-tiga individu terbabit kini berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Lembah Pantai dan direman selama empat hari sehingga 10 Januari ini bagi siasatan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

FBI luaskan definisi jenayah rogol termasuk ke atas lelaki

Posted:

FBI luaskan definisi jenayah rogol termasuk ke atas lelaki

FBI luaskan definisi jenayah rogol termasuk ke atas lelaki

WASHINGTON 7 Jan. - Pentadbiran Presiden Barack Obama semalam mengumumkan perluasan definisi rogol dalam bidang kuasa Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang kini akan meliputi beberapa serangan seksual dan rogol terhadap lelaki.

Menurut pegawai Jabatan Kehakiman, penyemakan itu akan menjadikan laporan mengenai jenayah rogol lebih tepat dan menyediakan pemahaman yang lebih baik mengenai kesannya ke atas mangsa.

Sejak 1929, rogol didefinisikan sebagai 'melakukan persetubuhan dengan wanita', melakukan secara kekerasan dan secara paksa.

Definisi itu turut hanya melibatkan lelaki melakukan persetubuhan dengan wanita tanpa persetujuan dan tidak termasuk serangan seksual lain seperti seks oral dan rogol ke atas lelaki.

Namun rogol kini didefinisikan sebagai 'penembusan tidak kira sekecil mana ke atas faraj atau dubur dengan mana-mana bahagian badan atau objek atau penembusan oral oleh organ seks individu lain tanpa persetujuan mangsa (lelaki atau perempuan)'.

"Ini adalah yang pertama kali definisi rogol meliputi kedua-dua jantina mangsa dan pelaku dan mengiktiraf perlakuan rogol menggunakan objek.

"Pengumuman ini membawa mesej tegas bahawa rogol tetap rogol, tidak kira anda lelaki kerana lelaki juga boleh dirogol ataupun dirogol dengan objek dan jika anda terlalu mabuk untuk membenarkannya," kata Susan B. Carbon dari pejabat Jabatan Kehakiman bagi Wanita Menentang Keganasan.

Pengumuman perluasan definisi itu dibuat oleh Peguam Negara, Eric H. Holder dan akan digunakan dalam Laporan Jenayah Pasukan Keselamatan tahunan FBI, sesuatu yang mungkin akan menyebabkan berlaku peningkatan dalam laporan kes rogol, menurut pegawai penguatkuasa undang-undang.

Walaupun kebanyakan negeri telah memperluaskan definisi rogol tetapi semakan oleh Persekutuan ini penting kerana di mata awam, laporan FBI sinonim dengan kadar jenayah.

Data FBI juga digunakan oleh penggubal undang-undang untuk menganalisis jenayah serta mendraf inisiatif antijenayah.

Menurut pegawai pentadbiran Obama, perubahan definisi itu yang dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya diusahakan oleh Naib Presiden Joe Biden. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan