Sabtu, 14 Januari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Taruh harapan temui kembar April ini

Posted:

Taruh harapan temui kembar April ini

Taruh harapan temui kembar April ini

Oleh NOR IDAYU BOSRO dan MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
berita@kosmo.com.my

KON KIEW kelihatan sugul sebelum berlepas pulang ke Sydney Australia di KLIA pada Isnin lalu.


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita, Lee Kon Kiew yang sanggup terbang dari Sydney, Australia semata-mata untuk bertemu dengan kakak kembarnya yang terpisah sejak lahir tidak kesampaian apabila saudara kembarnya itu dipercayai masih belum bersedia untuk berjumpanya.

Bagaimanapun, Kon Kiew masih menaruh harapan untuk bertemu dengan pasangan kembarnya itu, Lee Kon Lin atau nama Islamnya, Fazilah Ibrahim walaupun hanya untuk seketika suatu hari nanti.

Kon Kiew, yang tiba dari Sydney minggu lepas untuk bertemu Fazilah kelihatan sedih selepas mengetahui yang kembarnya masih belum bersedia untuk menemuinya.

"Saya mungkin akan pulang ke Malaysia pada awal April depan selama beberapa minggu dan saya amat berharap pada waktu itu Fazilah telah bersedia untuk bertemu dengan saya.

"Walaupun berlainan pegangan agama, saya harap itu tidak menjadi alasan untuk kami dipertemukan semula," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad sebelum dia pulang ke Sydney di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Isnin lalu.

Menurut Kon Kiew, keinginannya untuk disatukan kembali tidak pernah luntur biarpun usaha untuk menemukan mereka tidak menjadi kenyataan setakat ini.

Dia yang telah berhijrah ke Australia sejak tahun 1986 dan bekerja sebagai tukang masak di sana berharap, Fazilah dapat menghubunginya melalui telefon atau e-mel jika dia sudah bersedia kelak.

"Sekiranya Fazilah sudah bersedia, dia boleh menghubungi saya di nombor 00-61422119-663 atau mengirim e-mel di alamat gilmori@gmail.com," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan tuduh hakim secara melulu

Posted:

Jangan tuduh hakim secara melulu

Jangan tuduh hakim secara melulu


ARIFFIN (kiri) bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan pada sesi bergambar sempena majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2012 di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kalangan peguam diingatkan agar tidak membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap hakim serta pegawai badan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria (gambar kecil) berkata, kalangan ahli perundangan perlu mengelak daripada berbuat demikian kerana orang ramai akan mengambil serius terhadap apa yang mereka ungkapkan.

"Kepada peguam, tolong jangan membuat sebarang tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap hakim serta para pegawai.

"Tuduhan seperti ini mungkin menghakis integriti badan kehakiman," katanya ketika berucap merasmikan Tahun Perundangan 2012 di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Hakim Negara turut mengingatkan hakim dan para pegawai supaya tidak mendedahkan diri mereka kepada amalan rasuah serta menahan daripada menyalahgunakan kedudukan mereka.

Beliau berkata, hakim-hakim bertanggungjawab semata-mata kepada undang-undang yang perlu ditadbir tanpa rasa gentar atau pilih kasih, mengikut perasaan atau berniat jahat.

Arifin turut menggesa hakim-hakim dan para pegawai supaya terus mengekalkan martabat serta integriti jawatan mereka.

"Kita seharusnya pada setiap masa mengamalkan perilaku dalam cara yang bersesuaian dengan kedudukan kita dalam masyarakat. Sentiasa ingat bahawa perilaku anda, sama ada bersifat peribadi atau atas dasar rasmi, sentiasa menjadi perhatian umum," katanya.

Beliau berkata, dalam mengendalikan perbicaraan, hakim mesti melakukannya dengan penuh ketertiban.

Arifin mendedahkan, tidak banyak aduan yang diterima mengenai hakim dan peguam yang berkelakuan buruk dalam mahkamah berikutan langkah memperkenalkan alat perakam audio-video dalam mahkamah.

Jelas beliau, sebarang aduan yang diterima oleh badan kehakiman boleh disahkan menerusi rakaman itu, sekali gus menamatkan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap hakim dan peguam.

Sementara itu, Arifin turut menegaskan bahawa badan kehakiman akan terus mencari kaedah untuk menambah baik proses perbicaraan kes jenayah yang tergendala kerana terlalu banyak penangguhan.

Beliau berkata, sebelum ini, ketika perbicaraan kes jenayah dikendalikan dengan bantuan juri, perbicaraan jarang ditangguhkan kerana sebaik sahaja perbicaraan bermula, prosiding akan berjalan dari awal hingga akhir dalam satu sesi sahaja.

Bagaimanapun, katanya, pada masa ini, perbicaraan kes jenayah sering kali ditangguhkan lebih daripada sekali sebelum sesuatu kes itu akhirnya diselesaikan dan ia semakin menjadi kelaziman dan bukannya pengecualian.

Oleh itu, Arifin memberitahu, perbicaraan kes jenayah mungkin mengambil masa lebih dari setahun atau malah lebih lama untuk diselesaikan.

"Sebagai contoh, dalam kes (liwat) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai baru-baru ini, perbicaraan ditangguhkan tidak kurang daripada 48 kali," katanya.

Arifin berkata, pelbagai alasan diberi untuk memohon penangguhan, namun, sebab paling utama ialah kurangnya tarikh yang lapang bagi peguam. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Bas SKMK henti operasi 31 laluan

Posted:

Bas SKMK henti operasi 31 laluan

Bas SKMK henti operasi 31 laluan

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


BERMULA hari ini syarikat bas henti-henti SKMK tidak akan beroperasi di 31 laluan di Kelantan ekoran menanggung kerugian akibat kos operasi yang tinggi.


KOTA BHARU - Setelah lebih 60 tahun menjadi syarikat tunggal yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negeri ini, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) menghentikan operasi di hampir 80 peratus laluannya mulai hari ini.

Langkah untuk menghentikan perkhidmatan bas SKMK/Cityliner itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut melalui satu kenyataan yang difakskan kepada Kosmo! di sini semalam.

Syarikat itu memberitahu, ia tidak lagi mampu untuk meneruskan operasi bas henti-henti di hampir 80 peratus laluan akibat menanggung kerugian teruk.

"Kita tidak lagi berkemampuan untuk meneruskan perkhidmatan sebagaimana sedia ada setelah beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri ini menemui jalan buntu dan gagal untuk mencapai penyelesaian," kata kenyataan itu di sini semalam.

Syarikat bas itu sebelum ini beroperasi di 37 laluan yang melibatkan 130 buah bas.

"Dengan ini, mulai hari Ahad (15 Januari 2012) perkhidmatan bas syarikat akan tergendala di 31 laluan kecuali enam laluan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan