Utusan Online - Timur |
Posted: Penduduk takut keluar menorehOleh SAMSUL BAHARI MOHAMED JELI 21 Dis. - Penduduk Kampung Kuala Balah di sini menyuarakan kebimbangan mereka untuk keluar menoreh berikutan kejadian seorang penoreh getah cedera diserang oleh seekor beruang baru-baru ini. Rata-rata penduduk yang ditemui bimbang kejadian yang menimpa penoreh terbabit, Osman Salleh, 35, kira-kira 4 petang semalam, turut menimpa mereka. Sehubungan itu, mereka meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) segera bertindak bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku, seterusnya membolehkan mereka keluar mencari rezeki. Seorang penduduk, Semah Yusoff, 43, memberitahu, dia jarang mendengar mengenai kejadian beruang menyerang manusia sebaliknya kes yang selalu didengar melibatkan harimau dan gajah. "Ketakutan kami terhadap harimau dan gajah belum pun reda, kini beruang pula yang muncul dan menyerang manusia. Ini pastinya menambah ketakutan kami untuk keluar mencari rezeki. "Sebelum ini saya ada dengar mengenai kehadiran beruang tetapi setahu saya haiwan tersebut tidak pernah menyerang manusia malah, sentiasa melarikan diri ketika terserempak dengan manusia," jelasnya. Dalam kejadian semalam, Osman cedera digigit beruang berkenaan di kaki kanan sehingga terpaksa menerima 14 jahitan. Seorang lagi penduduk, Mohd. Asri Seman, 37, berkata, dia berharap pihak Perhilitan membuat tindakan dengan seberapa segera bagi menangkap binatang tersebut. "Ini sudah sampai tahap yang serius apabila haiwan berkenaan juga mula menyerang manusia. Perhilitan perlu mengambil langkah serius menangkap haiwan berkenaan selain mencari punca kenapa hidupan liar kini begitu agresif," tegasnya. |
Telefon tiruan RM292,759 dirampas Posted: Telefon tiruan RM292,759 dirampasKUALA TERENGGANU 21 Dis. - Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas 636 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM292,759 dalam dua operasi di sekitar daerah ini Ahad lalu dan semalam. Dalam operasi itu, seramai 16 peniaga lelaki berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan. Daripada jumlah itu, sebanyak 460 telefon bimbit pelbagai jenama buatan China bernilai RM236,509 dirampas di tapak Karnival IT & Telefon Bimbit yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam. Dalam satu lagi serbuan di tapak Karnival Mobile Fair di Dataran Syahbandar di sini Ahad lalu, sebanyak 176 unit telefon bimbit, juga buatan China bernilai RM56,250 turut dirampas. Pemangku Pengarah PPDNKK negeri, Abd. Ghani Harun berkata, operasi di TTC semalam disertai 27 pegawai penguat kuasa jabatan itu manakala operasi di Dataran Syahbandar membabitkan 11 orang pegawai. "Telefon bimbit itu dijual sehingga RM600 seunit sedangkan nilai sebenarnya cuma sekitar RM50," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Abd. Ghani memberitahu, dua kenderaan jenis Proton Exora dan Proton Saga turut dirampas dalam operasi itu. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Perihal Dagangan 1972 selain Perkara 3 Perintah Kawalan Harga (Pelabelan Oleh Pekilang, Pengeluar, Pengimport atau Penjual Borong) 1980 Akta Kawalan Harga 1946. Katanya, siasatan kes juga membabitkan Perkara 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan harga Oleh Penjual Runcit) 1993 Akta Kawalan Harga 1946. Jelasnya, bagi Akta Perihal Dagangan 1972, kesalahan pertama adalah denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali manakala kesalahan kedua pula, boleh didenda RM200,000 atau penjara enam tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. Bagi Akta Kawalan Harga 1946, kesalahan pertama merupakan denda RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan kedua, boleh didenda RM25,000 atau lima tahun penjara atau kedua-dua sekali. Abd. Ghani memberitahu, kejayaan operasi itu hasil pemantauan pihaknya sejak tiga hari lalu dan premis terbabit disyaki menggunakan khidmat tonto bagi mengelak dihidu pihak penguat kuasa. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan