Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: BN akan jawab – NajibOleh Norliza Abd. Rahman dan Thomas Chong PUTRAJAYA 21 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Serentak itu, Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan reaksi yang lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji manis pakatan pembangkang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu. ''Kita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dan India bagi Pengurusan dan Pembangunan Lebuh Raya di negara itu, di sini, hari ini. Najib mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang. Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat. Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. | ||
1Malaysia ciptaan kita sendiri - PM Posted: 1Malaysia ciptaan kita sendiri - PM
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkilan apabila dituduh menciplak gagasan 1Malaysia dari negara lain. Perdana Menteri menegaskan, perbuatan berkenaan adalah satu pendustaan besar kerana beliau selaku orang yang bertanggungjawab memperkenalkan 1Malaysia tahu perkara sebenar. "Ini bukan ciplak dari negara lain, ini ciptaan kita sendiri. "Negara lain boleh ada (slogan) 'satu' ini dan 'satu' itu tetapi tiada negara lain dalam dunia ini yang ada 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," tegasnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kali Ke-25 (2010-2013) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berterusan cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa kerajaan melalui firma Apco Worldwide menciplak 1Malaysia daripada konsep One Israel yang diperkenalkan pada 1999. Gara-gara tindakan terdesak itu, Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar. Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan hari ini melangkah ke hadapan bukannya berasaskan sesuatu yang direka dan kemudiannya didagangkan untuk mengelirukan rakyat. Tegas beliau, adalah amat mudah untuk membuat janji politik tetapi semua pihak perlu sedar adakah pendekatan populis seperti itu menguntungkan negara. "Saya percaya ahli-ahli CUEPACS boleh berfikir secara rasional dan tahu bahawa untuk membangunkan negara, kita mesti mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang bertanggungjawab. "Kerajaan yang bertanggungjawab memerlukan polisi yang bertanggungjawab, bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji kerana ia tidak berasaskan realiti sebenar," katanya. Justeru beliau mengingatkan ahli CUEPACS supaya tidak mengambil pendekatan berkonfrantasi dengan kerajaan sebagaimana tahun 60-an dalam membuat tuntutan kerana ia nyata tidak menguntungkan. Jelas beliau, di sesetengah negara maju Eropah, saban bulan pasti ada mogok besar yang menyusahkan rakyat sehingga membantutkan ekonomi. "Kita tidak mampu bersikap demikian atau ambil langkah sedemikian, biar kita meningkat walaupun tidak sampai ke tahap yang kita idamkan tetapi yang penting masa depan kita terjamin," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan