Rabu, 22 Disember 2010

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Bayi koma dicampak bapa

Posted: 21 Dec 2010 02:44 PM PST

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas koma dipercayai didera bapa kandungnya yang 'naik angin' kerana tidak tahan mangsa kerap menangis.

Dalam kejadian pada petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Jasin dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk menjalani rawatan selepas tidak sedarkan diri akibat dibaling bapa kandungnya ke atas katil.


Menurut sumber, bapa mangsa berusia awal 30-an itu bertindak kejam selepas tidak tahan mendengar tangisan anak tunggalnya menyebabkannya bengkak di kepala.

Katanya, selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit dan isterinya berusia awal 30-an panik lalu membawa anak mereka ke HM untuk pemeriksaan.


"Mangsa dirujuk ke HM pada hari sama dan selepas diperiksa doktor, bayi itu terpaksa menjalani imbasan CT Scan sebelum doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya memaklumkan bayi berkenaan masih kritikal.


Katanya, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kecederaannya lalu membuat laporan di pondok polis hospital kira-kira jam 1 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan menyeluruh.


"Hasil siasatan, bayi berkenaan dipercayai didera dengan dibaling bapanya ke atas katil hingga cedera dan tidak sedarkan diri. Mangsa kini dirawat di ICU HKL selepas dirujuk doktor di HM," katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan kerana kes masih dalam siasatan.


"Pada masa sama, ibu bapa mangsa masih menunggunya menjalani rawatan di HKL. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.


Sementara itu, Pengarah Hospital Melaka Dr Narimah Nor Yahaya ketika dihubungi mengesahkan bayi berkenaan kini dirujuk ke HKL selepas dimasukkan ke HM.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kecederaan mangsa kerana kes disiasat polis.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Menangis lihat ibu masih hidup

Posted: 21 Dec 2010 02:16 PM PST

IPOH: "Saya menganggap ibu seperti mati hidup semula sebaik melihatnya terbaring atas katil dalam keadaan masih bernyawa," kata Faisal Ismail, 40, anak kepada Dariah Ismail @ Duranee Songserm, 59, seorang daripada mangsa kemalangan bas yang meragut 27 nyawa di Simpang Pulai, dekat sini kelmarin.

Faisal tiba di sini jam 3 pagi semalam dari Hatyai, Thailand bersama adik ibunya, Aida Mohammad @ Thainya Anusorn Sukhumalsakul, 36, yang pada mulanya bertujuan melakukan pengecaman 'jenazah' ibunya.


"Hancur luluh hati saya selepas melihat nama ibu berada dalam senarai mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu di Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Hati saya berdebar-debar ketika diminta masuk ke bilik mayat membuat pengecaman, tetapi terkejut apabila melihat mayat itu bukan ibu saya.

"Saya memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan hospital yang kemudian membawa saya ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mengecam sama ada salah seorang mangsa cedera dalam kemalangan itu ibu saya.


"Saya menangis kegembiraan apabila melihat ibu saya terbaring dan masih hidup. Dia bagaimanapun masih belum sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pernafasan kerana cedera di kepala dan dada. Saya berdoa ibu terus bertahan," katanya dalam bahasa Melayu pelat Selatan Thai.


Sementara itu Aida berkata, dia menghubungi saudara di Pattani supaya menukar majlis tahlil kepada majlis kesyukuran apabila mendapat tahu kakaknya masih hidup.

"Saya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas menonton berita Buletin Utama TV3 di Hatyai pada malam tadi (kelmarin) dan menghubungi rakan yang bekerja sebagai pemandu bas pelancongan di negara ini supaya ke HRPB bagi mengenal pasti siapa terkorban.


"Hanya Tuhan tahu betapa pilu hati apabila rakan menghubungi saya dan memaklumkan nama kakak berada dalam senarai mangsa yang mati.

"Saya dan Faisal datang ke sini dan tiba di bilik mayat HRPB jam 3 pagi. Air mata kesedihan saya bertukar menjadi tangisan kegembiraan apabila mengetahui kakak saya masih hidup," katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Hatyai.

Kegembiraan sama turut dikongsi bapa Areena Songserm, 20, yang juga anak saudara perempuan Dariah dan Aida, yang turut berada dalam senarai mangsa mati didapati masih hidup.


Nasir Ismail, 51, berkata, dia sudah bersedia menghadapi apa juga kemungkinan, terkejut apabila melihat jasad dikatakan mayat Areena itu bukan anaknya.


"Saya bersyukur kepada Allah apabila mendapati Areena cuma cedera dan berlaku kesilapan dalam penyenaraian nama mangsa yang mati.

"Areena yang cedera di kepala dan kaki, mungkin dibenarkan keluar hospital beberapa hari lagi," kata Nasir yang memberitahu anaknya yang menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Walailak, Nakhon Si Thammarat, Thailand.


Dia mengikuti rombongan melancong ke negara ini bersama ibu saudaranya, Dariah, sempena cuti semester.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan