Selasa, 21 Disember 2010

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Nyata pendirian

Posted:

Nyata pendirian

Nyata pendirian

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pemimpin anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dicabar menyatakan pendirian terkini berhubung pendedahan Karpal Singh di Dewan Rakyat pada 2007 bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bermoral.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mempersoalkan adakah pendirian mereka sudah berubah sedangkan Lee Kuan Yew telah menceritakan tentang 'bukti teknikal' yang dimiliki Bahagian Risikan Singapura selain kepercayaannya bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kegiatan liwat dan homoseks.

"Jika mereka berpendirian sebagaimana idola mereka Kuan Yew, mengapakah mereka masih bersekongkol dengan Anwar.

"Apakah mereka sekadar mempergunakan kelemahan Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka," katanya dalam entri terbaru bertajuk Lagak Hipokritus! yang disiarkan laman blognya www.zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli turut menitipkan pesanan kepada Anwar supaya merenung pesanan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 22 bahawa golongan kafir tidak akan reda selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara mereka.

Beliau mengingatkan Anwar bahawa Karpal adalah orang yang pertama mendedahkan dakwaan kegiatan songsang itu di Parlimen pada 22 Oktober 2007.

Katanya, Anwar juga tentu tahu bahawa Karpal telah berucap di Hotel Federal mendedahkan perkara itu selain menasihatkan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berhubung aduan berkaitan dakwaan liwat.

"Karpallah orang yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat kamu kepada pimpinan Pas masa itu sehingga mereka melabel kamu 'al Juburi' dan 'pak janggut' itu jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong kamu sekarang.

"Orang itulah juga sekarang yang kamu ambil untuk menjadi peguam membela kamu dalam menghadapi pertuduhan liwat terhadap Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) sekarang yang bertangguhan tanpa sebarang kesudahan!

"Perlukah saya sebut lebih panjang lagi wahai Anwar Ibrahim? Bertaubatlah Anwar sebelum pintu taubat ditutup buat kamu selama-lamanya," katanya.

Mengakhiri tulisannya itu, Zulkifli membuat nota bahawa beliau tidak sesekali bermaksud untuk menuduh Anwar mengamalkan budaya songsang itu.

Sebaliknya, kata beliau, perkara itu biarlah Allah yang menentukan dan beliau sekadar mendedahkan apa yang disebut oleh kepimpinan DAP supaya rakyat membuka mata dengan politik dua alam mereka.

"Apa yang ingin teman dedahkan ialah sikap bermuka-muka dan hipokrit yang diamal oleh kepimpinan DAP mengenai isu Anwar yang begitu jelas buktinya," katanya.

Sementara itu, Zulkifli turut membidas tindakan Guan Eng yang mengancam untuk menyaman media yang mengkritik beliau yang diibaratkan saling tidak tumpah dengan perangai mentornya, Lee Kuan Yew.

Zulkifli turut mempersoalkan adakah umat Islam dan bangsa Melayu akan takut dan gentar dengan ugutan saman oleh Guan Eng itu.

"Satu Muslim kamu saman, ratusan ribu Muslim akan bangkit menentang kamu!

"Satu Melayu kamu heret ke mahkamah, berjuta Melayu akan mengheret kamu ke muka pengadilan umat nanti," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

Posted:

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya.

Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu.

"Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan