Khamis, 23 Disember 2010

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Balai Polis Petaling sekali lagi muncul juara Liga Balai

Posted:

Balai Polis Petaling sekali lagi muncul juara Liga Balai

Balai Polis Petaling sekali lagi muncul juara Liga Balai


Ismail Omar sambil diperhatikan Hussin Ismail menyampaikan replika cek kepada Inspektor Sail Hassan selepas Balai Polis Petaling muncul juara Liga Balai di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 23 Dis. - Balai Polis Petaling dipilih sebagai pemenang tempat pertama anugerah Liga Balai kategori A bagi sesi kedua dan ketiga tahun ini sekali gus menjadikannya balai polis pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan untuk dua sesi berturut-turut.

Berikutan kemenangan itu, Balai Polis Petaling yang terletak di Jalan Klang Lama dekat sini membawa pulang sejumlah wang tunai serta sijil penghargaan yang diberikan kepada Ketua Balai itu, Inspektor Sail Hassan.

Kemenangan yang diperoleh balai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu menyaksikan ia berjaya mengenepikan 752 balai lain di seluruh negara.

Selain itu, bagi sesi kedua, pemenang pertama kategori B adalah Balai Polis Pandamaran, Balai Polis Luyang, Sabah (kategori C), Balai Polis Batang Kali, Selangor (kategori D) dan Balai Polis Changkat Jering, Perak bagi kategori E.

Anugerah untuk sesi ketiga, tempat pertama kategori B menjadi milik Balai Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Balai Polis Kampung Tawas, Perak (kategori C), Balai Polis Batu Arang, Selangor (kategori D) dan Balai Polis Chendering, Terengganu untuk kategori E.

Anugerah Liga Balai yang dimulakan awal tahun ini dipecahkan kepada lima kategori dari A hingga E mengikut kepada pecahan penduduk di bawah seliaan balai masing-masing.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada majlis penganugerahan Liga Balai yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail, pengerah-pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia dan para pegawai kanan polis.

Ismail ketika ditemui pemberita berkata, pertandingan liga balai yang diwujudkan mulai tahun ini telah meningkatkan persaingan di kalangan anggota dan pegawai polis selain berjaya menurunkan jenayah indeks.

"Kita dapat lihat melalui pertandingan ini, bukan sahaja dapat menurunkan jenayah indeks dan kadar jenayah jalanan malah ia turut mewujudkan perhubungan yang lebih akrab dengan masyarakat.

"Berikutan itu, saya percaya hasrat PDRM untuk mengurangkan jenayah indeks sebanyak 5 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus untuk tahun ini akan tercapai," katanya.

Beliau berkata, baki selama seminggu sebelum berakhir tahun ini akan menjadi tempoh perhitungan sama ada sasaran yang ditetapkan dapat dicapai atau sebaliknya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jurulatih PLKN diberi latihan komprehensif

Posted:

Jurulatih PLKN diberi latihan komprehensif

Jurulatih PLKN diberi latihan komprehensif

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Kabinet meluluskan penubuhan Akademi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memberikan latihan secara komprehensif untuk jurulatih program tersebut.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe berkata, akademi itu bukan sahaja akan memberi latihan, malah turut berperanan sebagai badan pemikir untuk meningkatkan lagi modul-modul sedia ada dan kualiti PLKN.

"Sijil-sijil akan diberikan kepada jurulatih yang mengikuti latihan selama tiga bulan. Seramai 3,000 orang akan mengikuti latihan tersebut yang mempelajari teknik terkini untuk berurusan dengan pelatih.

"Satu masa nanti, diploma juga akan diberikan kepada jurulatih yang mengikuti latihan di akademi bagi membolehkan mereka menggunakan kemahiran yang ada apabila bersara kelak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelantikan ahli MLKN yang baru di sini hari ini.

Majlis penyerahan watikah pelantikan disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Tiga ahli MLKN yang baru dilantik adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohid Mohamed dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan