Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 22 Dec 2010 02:04 PM PST MukaDepan Robert M Shrum KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1Malaysia tiada kaitan langsung dengan 'One Israel' seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dalam penggubalan konsep 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen 'One Israel' pada 1999, Robert M Shrum. Surat APCO bertarikh 19 Ogos 2010 kepada Parlimen yang dijadikan bukti utama dalam siasatan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaan Anwar, menjelaskan firma itu dilantik pada Jun 2009 bagi menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia. Ketua Eksekutif APCO (Timur Tengah Eropah dan Afrika), Brad Staples, dalam surat itu juga menjelaskan firma berkenaan tiada kaitan langsung dengan One Israel dan tidak terbabit dalam pembentukan konsep 1Malaysia.Penafian Staples diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen 'One Israel' pada 1999, Robert M Shrum, yang diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, minggu lalu. Salinan kedua-dua dokumen itu diedarkan Nazri pada sidang media di lobi Parlimen. Beliau turut membacakan inti pati kenyataan bersumpah Shrum dan surat APCO. Berikut adalah terjemahan kenyataan bersumpah Shrum: Selama lebih daripada 30 tahun, saya bekerja dalam politik dan kempen politik di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Saya menyediakan kenyataan ini kepada Parlimen Malaysia bagi membantu mengenai apa yang difahamkan berhubung perbicaraan untuk menentukan sama ada firma Apco Worldwide mengambil bahagian dalam kempen atau gabungan 'One Israel' pada 1999. Untuk pengetahuan, saya digambarkan oleh The Atlantic Monthly sebagai 'penasihat yang paling dicari dalam Parti Demokrasi'. Saya berkhidmat sebagai penasihat kanan kempen Presiden Kerry-Edwards pada 2004, penasihat kanan kempen Presiden Gore 2000, penasihat kanan kempen Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan kempen Parlimen Parti Buruh Britain pada 2001. Sebelum itu, saya adalah pakar strategik dan perunding kepada banyak parti politik yang bersaing pada semua peringkat dalam Kerajaan Amerika, termasuk persaingan Presiden 1980 membabitkan Senator Edward M Kennedy. Pada 1999, seperti yang dilaporkan secara meluas, saya adalah salah seorang daripada beberapa perunding politik asing yang diminta oleh Ehud Barak daripada Parti Buruh di Israel untuk kempen kemenangannya bagi jawatan Perdana Menteri di bawah gabungan 'One Israel'. Rakan kongsi utama saya dalam memberikan perundingan itu adalah pemungut suara terkenal Amerika Syarikat, Stanley Greenberg dan James Carville, yang mengarah kempen Presiden Clinton pada 1992. Baru-baru ini, saya mendapat tahu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa Apco Worldwide adalah antara firma perunding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar. Saya berada di situ dan APCO tidak terbabit dalam One Israel atau mana-mana kerja untuk Ehud Barak atau Parti Buruh semasa kempen itu. APCO tidak ada kaitan dengan One Israel. Apa saja kenyataan bahawa APCO atau kakitangannya bertanggungjawab, memikirkan, terbabit atau apa saja bentuk penyertaan dalam gabungan slogan atau kempen One Israel adalah fakta yang tidak berasas sama sekali. Kami berjaya dalam kempen One Israel pada 1999 dalam memilih Ehud Barak dan menewaskan calon Likud, Benjamin Netanyahu. Malangnya, Perdana Menteri Barak dan Presiden Clinton tidak berjaya seperti yang kami harapkan dan usaha mereka yang belum pernah berlaku dalam mencapai penyelesaian di Timur Tengah antara rakyat Israel dan Palestin. Secara ringkasnya, Apco Worldwide dan kakitangannya tidak melakukan kerja berhubung One Israel." Pada 16 Disember lalu, Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan beliau kononnya APCO menciplak konsep 1Malaysia berdasarkan One Israel yang dicipta firma pada 1999. Tiga lagi ahli Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak), menerima nasib sama selepas didapati menghina dewan atas isu sama. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenzly Cukup jelas & terang. terima kasih atas penjelasan ini. penan baram tak ada komen. cuma saya berharap apa yang diheboh-hebohkan berkaitan 1 malaysia tersebut dapat dinikmati oleh kaum saya iaitu, penan. Aji Apa lagi yang mereka tak puas hati lagi ni...buat lah kerja masing-masing...tak ada kerja lain ker??/ asyik nak salahkan org jer..mereka tu dapat elaun YB dari mana? siapa bagi? Ishak Johari Salam,
suhaimi Mula dari saat ini kerajaan jangan ambil penduli sangat apa yang di cakap oleh kumpulan penentang kerajaan ini tambah di layan tambah naik minyak dia orang ini, penduduk malaysia sekarang dah tahu mana satu yang betul, dari pilihanraya 12 hingga sekarang asyik berpolitik saja kumpulan ini, apa saja yang dibuat kerajaan semuanya tak betul padahal mereka lagi tak betul, masa dlm kerajaan dulu semua nya di buat betul je dah hilang kuasa ni macam2, jangan layan drama dia orang, naik meluat mahu muntah la,kerajaan teruskan buat apa saja yang terbaik untuk rakyat pandai la rakyat membalasnya nanti. lutfee tak berapa faham statement dari Robert M Shrum ni... sebenarnya APCO atau dia ni terlibat ke tak? Sekejap kata berkempen untuk Ehud Barak sekjap kata tak.... Najba Yang mana satu betul ni? Pasukan A kata dia ada bukti. Pasukan B pun kata dia ada bukti. Akhir sekali rakyat yang jadi mangsa....... aspire ha pihak pembakang sila la komen....
GokuPai Wunan Kita ada 1Malaysia, Israel ada OneIsrael, tapi kta tak tiru Israel...mungkin mereka tiru kita kot. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan