Khamis, 23 Disember 2010

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pelanggan kerugian RM1.5 juta

Posted:

Pelanggan kerugian RM1.5 juta

Pelanggan kerugian RM1.5 juta

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada 38 mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan mengadu masalah mereka kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 orang yang mahu melancong ke luar negara terpaksa menelan hakikat pahit mengalami kerugian kira-kira RM1.5 juta akibat ditipu sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej diskaun sehingga 70 peratus tetapi sebenarnya tidak wujud.

Kebanyakan mereka yang ditawarkan pakej melancong ke Eropah, Jepun, Hong Kong, China, Australia dan Taiwan mengalami kerugian tidak kurang RM3,000 malah dalam kes ekstrem, terdapat pelanggan mengalami kerugian sehingga RM30,000.

Agensi pelancongan 'hantu' itu cukup licik menipu pelanggan yang terpedaya dengan iklan pakej pelancongan syarikat tersebut dalam media.

Syarikat tidak bertanggungjawab itu turut menyertai Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sepanjang tahun ini untuk mencari mangsa.

Lebih memeritkan, pelanggan terbabit tidak dapat berbuat apa-apa melainkan membuat laporan polis dan mengadu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana pejabat agensi pelancongan tersebut yang terletak di Cheras sudahpun ditutup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada lagi miskin tegar di bandar - Raja Nong Chik

Posted:

Tiada lagi miskin tegar di bandar - Raja Nong Chik

Tiada lagi miskin tegar di bandar - Raja Nong Chik



KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengisytiharkan bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar kecil) berkata, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Mulai tahun hadapan, kita akan tingkatkan (bantuan) golongan yang disasarkan ini. Kita ada program-program seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan baru-baru ini Skim Prihatin untuk kematian dan lain-lain.

"Di bawah elemen kesejahteraan bandar, kita fokus kepada golongan miskin iaitu bantuan latihan kemahiran perniagaan kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Sedunia Pertama Pengurusan Aset Infrastruktur di sini semalam.

Februari lepas, beliau mengumumkan sasaran kementerian untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan