Khamis, 23 Disember 2010

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pembiayaan kewangan RM1.29 trilion

Posted:

Pembiayaan kewangan RM1.29 trilion

Pembiayaan kewangan RM1.29 trilion

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan WAN NAJIB WAN DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sektor perbankan di negara ini berpeluang memperoleh potensi pembiayaan kewangan bernilai RM1.29 trilion.

Beliau berkata, ia adalah hasil perkembangan pesat aktiviti ekonomi domestik melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicetuskan oleh kerajaan.

"Sektor perbankan perlu merebut peluang ini kerana lebih 90 peratus projek akan dilaksanakan oleh pihak swasta. Saya yakin jika peluang-peluang ini diambil sepenuhnya ia bakal memberi faedah yang besar kepada pertumbuhan sektor ini.

"Tidak dapat disangkal lagi perkembangan pesat ekonomi negara mampu memberi kesan positif kepada sektor perbankan di Malaysia ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam gala Maybank sempena ulang tahun bank itu yang ke-50 di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Dalam majlis malam ini Perdana Menteri turut melancarkan arca Segerak 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, selain potensi pembiayaan, sektor perbankan juga berpeluang meningkatkan pendapatan masing-masing melalui perkhidmatan kewangan yang merupakan salah satu bidang ekonomi utama di dalam 10 projek permulaan (EPP).

"Melaluinya, sektor perbankan boleh terlibat dalam pelbagai bidang antaranya pasaran bon, insurans, pencen peribadi, pengurusan aset serta kewangan Islam," katanya.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Maybank atas keupayaannya memberi perkhidmatan kepada rakyat negara ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Imigresen: Malaysia, UK akan jalin kerjasama

Posted:

Imigresen: Malaysia, UK akan jalin kerjasama

Imigresen: Malaysia, UK akan jalin kerjasama

PUTRAJAYA 22 Dis. - Malaysia akan menjalin kerjasama dengan kerajaan United Kingdom (UK) dalam bidang imigresen bagi menangani kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan antara kedua-dua negara bulan depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama itu merangkumi pertukaran maklumat mengenai pengurusan migrasi termasuk membabitkan pengganas, jenayah kolar putih dan penyaluran wang haram keluar negara.

Menurutnya, ia juga membabitkan aspek kawalan sempadan, sistem biometrik, dokumen perjalanan, teknologi dan kerjasama latihan.

''Kabinet hari ini menimbang dan bersetuju dengan cadangan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Imigresen antara kerajaan Malaysia dan UK yang akan ditandatangani pada Januari depan di Kuala Lumpur.

''Dengan kerjasama ini, kedua-dua negara akan dapat bertukar-tukar maklumat dan kepakaran mengenai penggunaan teknologi biomterik dan kawalan sempadan yang terkini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

MoU tersebut adalah yang ketiga selepas ditandatangani dengan pihak kerajaan Australia pada 22 Mac 2007 dan Belanda pada 27 Mei lalu.

Hishammuddin berkata, keputusan itu adalah agenda besar yang amat signifikan kepada hubungan yang sememangnya telah lama terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pengajian tinggi.

Sehubungan itu, beliau menambah, pihaknya akan memastikan kerjasama secara formal itu dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan berkesan di antara Malaysia dan UK.

''Kerjasama itu juga akan memberi faedah lebih besar dalam tujuan mempertingkatkan sistem penyampaian dan kompetensi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan