Berita Harian: Mutakhir |
Dua beranak maut sekembali dari ambil keputusan PMR Posted: 23 Dec 2010 03:04 AM PST Mutakhir KOTA BHARU: Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, hari ini.Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa, 42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar dengan sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa. Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik. "Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.Jurucakap polis itu berkata kesemua mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk pemandu lori hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran. Ayah Aishah, Zakaria Muhamad, 43, pesara tentera berkata anak dan isterinya baru keluar tiga kilometer dari Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif sebelum terlibat dalam kemalangan itu. Beliau berkata ketika kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam Kem Tentera Desa Pahlawan berniaga sebagai pembekal pakaian seragam sukan dan guru anaknya memaklumkan bahawa Siti Aishah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR.
"Setiba di tempat kejadian saya mendapati mayat isteri saya sudah diangkat manakala mayat anak saya masih berada di bawah tayar lori yang terbalik dan sedang diangkat oleh pasukan penyelamat," katanya yang kini menjadi pembekal pakaian seragam sukan di Kem Tentera Desa Pahlawan, tidak jauh dari situ. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. - BERNAMA
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Syarikat pengurup wang, 2 pengarah didakwa terbabit pengubahan wang haram Posted: 23 Dec 2010 03:00 AM PST Mutakhir GEORGETOWN: Sebuah syarikat pengurup wang dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 30 pertuduhan, termasuk pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM17 juta.Syarikat berkenaan, R Kalander Sdn Bhd, dan dua pengarahnya, Kalander Mydin R.K Abdul Jabbar, 46, serta Mohamad Imtiaz Rajah Mohamed, 33, menghadapi lima pertuduhan gagal menyimpan rekod transaksi matawang tempatan melebihi RM20,000 seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang. Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 13 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan boleh dihukum menurut Seksyen 86(a) akta yang sama, memperuntukkan denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan. Syarikat itu dan kedua-dua pengarahnya masing-masing menghadapi lima pertuduhan memindahkan dana ke luar negara berjumlah RM17 juta bagi pihak ketiga.Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Pengurupan Wang 1998, yang dibaca bersama Seksyen 48(1) akta yang sama dan boleh dihukum menurut Seksyen 30(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di 74, Lebuh Pantai, di sini antara 23 Julai 2008 dan 27 Ogos 2009. Terdahulu, Pegawai Pendakwa Bank Negara Muhd Shukri Ahmad Mansor memohon agar mahkamah menetapkan jaminan RM250,000 dengan seorang penjamin bagi Kalander Mydin dan Mohamad Imtiaz.
Hakim Roslan Hamid membenarkan jaminan RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 25 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. Roslan turut memerintahkan Kalander Mydin dan Mohamad Imtiaz menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan