Khamis, 23 Disember 2010

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Jalan Serampang Indah rosak teruk

Posted:

Jalan Serampang Indah rosak teruk

Jalan Serampang Indah rosak teruk

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


SEORANG penduduk menunjukkan jalan utama yang berlubang dan ditakungi air di laluan masuk Jalan Serampang Indah, dekat Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 22 Dis. – Apa cerita di kawasan Serampang Indah, dekat sini sehingga penduduknya marah-marah dan tidak puas hati?

''Bila naik kereta atau motosikal, kami seperti mengelak 'bom jangka', bila-bila masa sahaja boleh terbabas masuk lubang. Sudah lama jalan di sini rosak teruk," kata penduduk.

Memang ada sebab mengapa penduduk di situ melenting, apatah lagi dengan kedudukannya yang sedikit terpencil, Serampang Indah rupanya tidak seindah nama yang diberikan.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan utama ke Serampang Indah, penuh dengan 'berliku', apa tidaknya lubang-lubang besar menanti untuk membenamkan tayar kereta anda.

Menurut penduduk, J. Satianadan, 56, dia sudah tidak berdaya membuat aduan lagi kerana dakwanya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

''Sudah berlaku sejak enam tahun lalu. Oleh kerana Serampang Indah ini terpencil, maka tiada siapa pun ingin ambil tahu," katanya di sini hari ini.

Kawasan penempatan penduduk di Serampang Indah ini terletak kira-kira 20 kilometer dari sini dan majoriti penduduknya kaum India dan selebihnya 20 peratus merupakan orang Melayu dan Cina.

Rata-rata penduduk di situ merupakan penoreh getah dan laluan utama ke situ ketika ini 60 peratus mengalami kerosakan teruk dipercayai berpunca akibat kenderaan berat yang berulang-alik di situ.

''Inilah laluan utama kami setiap hari dan semuanya terpaksa kami harungi.

''Keadaan lebih teruk apabila berlaku hujan dan lubang yang dalam itu mula dipenuhi air," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Chong Kai Ming, 28, amat berharap agar pihak berkuasa datang melihat keadaan di situ dan segera membantu penduduk di sini.

''Ada yang tidak sanggup datang sini selepas mengetahui masalah jalan di sini.

''Jalan ini hanya untuk kegunaan lori yang beratnya lima tan ke bawah.

''Kita amat berharap supaya ada satu arahan, mahupun penghadang yang melarang lori melebihi berat berkenaan menggunakan laluan ini kerana ia akan menjadikan kawasan itu bertambah parah," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Taman Rasah mohon lampu isyarat

Posted:

Penduduk Taman Rasah mohon lampu isyarat

Penduduk Taman Rasah mohon lampu isyarat

RASAH 22 Dis. - Penduduk Taman Rasah dekat sini berharap pihak berkuasa negeri dapat meletakkan lampu isyarat dan tanda arah sesuai di jalan Seremban ke Port Dickson berhadapan taman tersebut.

Mereka mendakwa, jalan tersebut yang juga merupakan laluan utama mereka keluar masuk taman ini sesak selain sering berlaku banyak kemalangan.

Menurut seorang penduduk Mohammad Baidullah , 47, jalan berkenaan sering berlaku kemalangan kerana ramai yang keliru tentang arah jalan selain memandu laju.

"Sejak saya tinggal di sini, sudah kerap berlaku kemalangan di jalan ini," ujarnya.

Jelasnya, jalan tersebut merupakan jalan sehala yang hanya boleh digunakan oleh pemandu yang datang dari arah Port Dickson serta dari Seremban sahaja untuk masuk ke taman ini.

"Sementara bagi penduduk yang ingin keluar ke bandar Seremban atau ke kawasan lain terpaksa membuat pusingan 'U' di bulatan berdekatan Mambau.

"Ia agak menyukarkan kami untuk keluar berurusan ke bandar. Bagi penduduk lain yang keluar bekerja pula, mereka tiada pilihan lain dan terpaksa juga menggunakannya walaupun agak jauh untuk membuat pusingan," ujarnya.

Kata Mohammad, jika pihak berkuasa meletakkan lampu isyarat di jalan itu, pasti penduduk di sini menarik nafas lega kerana lebih mudah untuk digunakan ke bandar Seremban.

"Saya juga berharap agar lebih banyak papan tanda diletakkan di kawasan ini untuk mengelak berlaku kemalangan serta memudahkan kami," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan