Kosmo Online |
Tiada pengalaman punca mahasiswa tidak jadi usahawan Posted: Tiada pengalaman punca mahasiswa tidak jadi usahawan21/12/2010 6:21pm KUALA LUMPUR — Tiada pengalaman dan kurang pendedahan dalam bidang keusahawanan merupakan antara penyebab ramai pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kurang berminat menjadi usahawan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Abdul Rahim Md Noor. Beliau berkata, pendedahan berterusan perlu diberikan kepada pelajar IPT supaya mereka mendapat gambaran dan mengetahui selok-belok perniagaan. "Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ini adalah memberi pendedahan terus kepada pelajar. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak buat pemasaran, bagaimana mereka hendak mendaftar perniagaan mereka dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Perniagaan Malaysia antara IPT Malaysia 2010 di sini hari ini. Abdul Rahim berkata keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar berminat untuk menceburi bidang perniagaan sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya pilihan. "Sesetengah keluarga mungkin tidak begitu memberi fokus pada bidang ini. Kita mesti membudayakan keusahawanan di luar kampus," katanya. Kumpulan Usmec dari Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. Tempat kedua ialah Kumpulan Mitec dari UniKL dan Kumpulan Tiara Enterprise dari Universiti Malaysia Terengganu mendapat tempat ketiga. - Bernama |
Kaji pelancong, pelajar asing serah nama ke balai polis Posted: Kaji pelancong, pelajar asing serah nama ke balai polis21/12/2010 6:22pm KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri kini dalam usaha mengkaji untuk mewajibkan semua hotel dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyerahkan senarai nama pelancong dan pelajar antarabangsa di Malaysia kepada balai-balai polis berdekatan bagi pemantauan masalah sosial. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, usaha ini adalah bagi memantapkan pemantauan dalam membanteras jenayah yang berlaku di Malaysia terutamanya yang membabitkan warga asing. Katanya, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon mengenai tindakan yang diambil untuk menangani masalah pemegang visa pelancong atau pelajar yang terlibat dalam gejala sosial pada Persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Chee Leong berkata, bagi warganegara asing yang berada di Malaysia untuk tempoh jangka panjang, Jabatan Imigresen akan melakukan pemantauan apabila pas mereka diperbaharui untuk tujuan rekod. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan