Selasa, 21 Disember 2010

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Bekas pengurus kanan didakwa terima rasuah RM200,000

Posted: 21 Dec 2010 12:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin di Sime Darby Engineering Sdn Bhd hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima RM200,000 berhubung penglibatannya di dalam penjualan dan pembinaan ''Barge''.

Mazhazmi Jamaludin, 36, didakwa melakukan kesalahan itu sebagai upah untuk mencadangkan MLC Shipbuilding Sdn Bhd mendapat kontrak ''Construction and Sale of one Derrick Lay Barge (Hull No MLC 12888), Constructution and Sale one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75083 dan Construction and Sale of one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75084'' yang bernilai USD134.2 juta.


Dia didakwa menerima wang itu untuk mengesahkan bayaran tertentu bagi pembinaan satu unit Derrick Lay Barge Hull No MLC 12888 dan dua unit Anchor Handling Tug/Supply Vessels Hull No 75083 dan 75084.

Mazhazmi didakwa menerima wang itu daripada pemilik syarikat MLC Shipbuilding Sdn Bhd Redzuan Goh Mohammed Karian.


Bagi kesalahan itu, Mazhazmi didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun minimum 14 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Hakim Rozilah Salleh membenarkan Mazhazmi dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan kes.


Terdahulu, peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili Mazhazmi memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah didera ketika disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, tertuduh yang pada awalnya dipanggil memberi keterangan sebagai saksi dibogelkan dan dipaksa berdiri dengan sebelah kaki saja ketika disoal. Menurutnya, Mazhazmi turut dilontar dengan kata-kata kesat sehingga beliau tertekan dan akhirnya memberi keterangan seperti diinginkan.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Anthony Kevin Morais berkata sekiranya penderaan itu benar-benar berlaku, Mazhazmi sepatutnya melaporkan kepada pihak polis sebelum prosiding hari ini kerana penyiasatan terhadapnya selesai pada Jun lalu.

"Tertuduh dilepaskan di bawah jaminan oleh SPRM pada bulan Jun. Tertuduh ada enam bulan jika hendak buat laporan. Semasa beliau dituduh (hari ini) baru isu ini dibangkitkan. Ini perkara mustahil," katanya.


Hakim Rozilah kemudiannya menasihatkan Mazhazmi dan peguamnya membuat laporan berhubung perkara berkenaan.


Selepas prosiding, peguam Shamsul memberitahu pemberita, anak guamnya akan membuat laporan polis di Putrajaya hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kastam rampas haiwan eksotik cuba diseludup keluar

Posted: 21 Dec 2010 12:01 AM PST

BUKIT KAYU HITAM: Kastam Diraja Malaysia cawangan Bukit Kayu Hitam merampas kura-kura, ular tedung dan biawak bernilai RM24,000 dan enam bungkus kayu teras bernilai RM6,000 yang cuba diseludup keluar dari Malaysia, di sini, semalam.

Pengarah Kastam Kedah Ishak Ahmad berkata selepas mendapat maklumat daripada orang awam, pihaknya mengesan dan menahan sebuah lori bernombor pendaftaran tempatan di Kawasan Zon Bebas Cukai menghala ke Thailand di sini pada 6.40 pagi semalam.


" Ketika dikesan, lori berkenaan ditinggalkan tanpa pemandu, selepas menunggu kira-kira dua jam tiada siapa yang tampil menuntut lori itu dan pasukan penguat kuasa membuat pemeriksaan dan menemui bakul kosong yang disusun rapi bagi melindungi guni dan bakul plastik berisi hidupan liar eksotik itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pemeriksaan mendapati lori itu membawa 912 ekor kura-kura, 710 ekor biawak dan 196 ekor ular senduk dan ular tedung selar.


"Selain daripada haiwan berkenaan, penguat kuasa turut menjumpai 20 bungkus teras kayu bagi tujuan ukiran bernilai RM6,000. Kayu itu juga tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport)," kata Ishak.- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan