Harian Metro: Setempat |
Peluang abadi potret dalam setem Posted: 21 Dec 2010 02:05 PM PST KUALA LUMPUR: Peminat setem berpeluang mengabadikan potret sendiri dalam setem apabila mengunjungi Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia di Muzium Negara bermula 15 Disember lalu hingga 15 Mac tahun depan. Setem akan dinamakan 'Setemku' itu memerlukan pengunjung pameran mengambil gambar bersama koleksi kegemaran mereka dan mendapatnya serta-merta kerana petugas akan membuat setem itu di pameran berkenaan. Setem itu boleh dibeli dengan bayaran RM19 untuk setiap 10 setem bernilai 60 sen dan 20 setem 30 sen. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Ibrahim Ismail, berkata peluang sekali seumur hidup itu perlu diambil kerana ia usaha sulung Pos Malaysia dan JMM.
"Setem itu boleh disimpan sebagai koleksi peribadi atau dijadikan setem kerana nilainya sah. Mereka cuma perlu melekatkan setem itu atas sampul surat atau poskad dan menghantarnya kepada kenalan," katanya pada sidang media khas mengenai pameran berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Pos Niaga, Datuk Mearia Hamzah; Timbalan Ketua Pengarah JMM, Wan Jamaluddin Wan Yusof; Penolong Pengarah Jabatan Pos Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Rafidah Ismail dan Pengarah Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, Datuk Anuar Bashah Mohd Sohore. Pada pameran itu, pengunjung berkesempatan melihat lebih 50,000 jenis setem dalam dan luar negara. Antara setem menjadi tarikan ramai adalah setem pertama di dunia iaitu 'Penny Black' yang dikeluarkan di Britain pada 1840 dengan gambar Permaisuri Victoria ketika berusia 15 tahun. Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik jika menyertai aktiviti atau program sepanjang pameran berlangsung. |
'Pakar forensik' perdaya pelabur Posted: 21 Dec 2010 02:05 PM PST AMPANG: Mendakwa dirinya seorang doktor pakar, seorang wanita memperdayakan beberapa individu supaya melabur dalam projek membekal peralatan hospital menyebabkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit. Terbaru, seorang mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mendakwa dia ditipu suspek untuk melabur lebih RM10,000.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi berkata, suspek dipercayai melakukan penipuan dengan menyamar 'Dr Pakar Forensik' sejak 2009 dan setakat ini tiga mangsa sudah membuat laporan.
"Mengikut rekod, dua laporan terhadap suspek dibuat mangsa di Kajang pada tahun lalu dan laporan terbaru di Ampang beberapa bulan lalu. Ia membabitkan wang yang besar," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Sarjan R Veraiyah di talian 019-3822625 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ampang Jaya, 03-42952222.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan