Khamis, 23 Disember 2010

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Dua beranak terbunuh selepas ambil keputusan PMR

Posted: 23 Dec 2010 04:34 AM PST

KOTA BAHARU: Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa,
42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, dilanggar dengan

sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang
jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.

Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga,
lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampu

isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik.

"Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah diseret oleh lori berkenaan dan
tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari
motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan
di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Jurucakap polis itu berkata kesemua mangsa lain yang terlibat dalam
kemalangan itu, termasuk pemandu lori hanya cedera ringan dan mendapatkan
rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Larangan logo 1Malaysia di Selangor bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Posted: 23 Dec 2010 04:21 AM PST

SANDAKAN: Larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi
pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


"Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di

bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan
penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam
mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan
Selangor dan dipersetujuai pada mesyuarat Exco.

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan
lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang
1Malaysia bukan lambang parti politik.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan