Rabu, 22 Disember 2010

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


2 rakyat Malaysia diculik di Selatan Filipina dibebaskan

Posted: 22 Dec 2010 03:31 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Dua orang rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan tidak dikenali di Selatan Filipina pada Februari lalu dibebaskan hari ini, menurut Kementerian Luar.

Lai Wing Chou, 33; dan Tsen Vui Chung, 41, diculik semasa bekerja di ladang rumpai laut di Semporna, Sabah pada 7 Februari lalu.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu disambut Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad di Manila selepas tiba dari Selatan Filipina dengan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Polis Kebangsaan Filipina dan Polis Diraja Malaysia. "Kementerian Luar menyampaikan ucapan penghargaan di atas kerjasama dari Kerajaan Republik Filipina dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pembebasan Lai Wing Chou dan Tsen Vui Chung," menurut kenyataan itu lagi.
Lai dan Tsen dijangka pulang ke Sabah, Jumaat ini.

Wisma Putra berkata ia berharap kedua-dua mereka dan keluarga masing-masing dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas menempuh pengalaman pahit itu.
- BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Malaysia didakwa di Sydney tuduhan miliki dadah A$14 juta

Posted: 22 Dec 2010 03:28 AM PST

Mutakhir

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia dihadapkan ke mahkamah di Sydney hari ini atas tuduhan memiliki dadah sintetik "ice" bernilai A$14.4 juta dan mengendalikan urusan jual beli dadah itu.

Kok Loong Wong, 35, dijadual hadir di mahkamah yang sama pada 16 Februari, menurut laporan Australian Associated Press.

Pemeriksaan rutin oleh polis persekutuan di rumah suspek di barat Sydney berjaya menemui 90 kilogram "ice", rampasan ketujuh terbesar dadah dalam sejarah Australia. Polis berkata nilai dadah itu di pasaran dianggarkan A$14.4 juta.
Wang tunai kira-kira A$500,000, dikatakan hasil daripada urusan jual-beli dadah itu turut dirampas dalam serbuan itu.

Pegawai Kanan Polis Persekutuan Australia, Komander David Stewart memberitahu pemberita, polis telah mengawasi Wong sudah agak lama dan polis tidak menyangka akan menemui dadah pada jumlah yang begitu besar.

Hasil pemeriksaan di dalam enam kotak telefon bimbit yang dibawa Wong, polis menemui kira-kira A$300,000 dan sejumlah kecil ice.
Selepas ditahan, Wong membawa polis ke apartmen dua biliknya di Blairmount, dekat Campbelltown dan dalam satu daripada bilik itu, polis mendakwa menemui 90kg ice yang diisi dalam empat beg dan wang tunai A$120,000.

Stewart berkata dadah itu kemungkinan diimport dan bakal dijual melalui rangkaian pengedaran dan percaya Wong "orang penting" dalam pengedaran itu.

Dokumen mahkamah menunjukkan Wong, yang mengakui dirinya sebagai pelajar hanya tiba di Australia pada Ogos. Menurut dokumen, dia tidak mempunyai kawan atau keluarga di Australia.

Semasa prosiding di mahkamah, Wong menggunakan jurubahasa Mandarin. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan