Rabu, 22 Disember 2010

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Permit 19 bawa 35

Posted: 21 Dec 2010 02:57 PM PST

ALOR SETAR: Bas persiaran dua tingkat yang terbabit dalam nahas mengorbankan 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Ipoh, kelmarin, dipercayai membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Nabeel Ahmad

Harap wartawan dapat membuat kajian mendalam sebelum 'mendedahkan' sesuatu perkara sebagai hot scoop.
Tidak ada permit Bas Persiaran 19 penumpang untuk bas yang BTM lebih dari 8000kg.

nudin

saya selalu juga lah menggunakan jalan tersebut bila balik ke perak..
kemalangan boleh berlaku dengan banyak sebab ...contoh...kenderaan itu sendiri ada mekanikal prob..kecuaian manusia ..pemandu yang memendu seperti pilot F1...dan jalan raya yang sempit dan ada selekoh jalan spg pulai yang amat merbahaya ...so gov kena pantau ....kerajaan rugi ..rakayat merana..

Osama

Balik2 semua org nak hentam govt, kalau ko bawak Obama sini sekali pun jadi presiden malaysia kemalangan maut tetap akan berlaku juga - sebab Human Error or Machine Error - ni yg kita tak boleh GUARANTEE!. Kalau buat policy setebal gunung pun org tak ikut tak guna jugak. Nak suruh penguatkuasa check & saman or sita sekali pun akhirnya dia bukan tukang pandu bas - penguatkuasa pun ada maut kena langgar mat rempit.

Ini tanggungjawab ramai pihak - first pemandu,company,penguatkuasa,govt sebab itu nak kena buat post mortem - nak tahu punca sebenar, kemudian buat tindakan - tapi kena ingat tindakan bukan GUARANTEE takde yg maut lagi accident. Inilah dia life as it is....

Kalau nak reduce kan kemalangan maut, ni cadangan brutal yang sume org tak suka dan susah nak buat.

1) Letak bumper/hump setip 1KM
2) Pedal Tekan Minyak redesign - Limit kurang 80KM/Hr atau kurang lagi
3)Engine RPM lock - Limit kurang 80KM/Hr atau kurang lagi

2 & 3 susah nak buat sebab technology luar. akhir kata kemalangan maut hanya dapat dikurangkan...tapi tetap berlaku....penyebab utama - human error.

otai

ni semua kerja Allah..
jgn nk pertikai benda yg dah ditentukanNya..
ada paham semua..

amirul asraf

kerap2 la buat macam nie....

Siti Musalmah Ahmad Fuad

Bas 2 tingkat takkan isi 19 jekan...mcm tu naik bas mini lah jimat...Kalau nak bas 2 tingkat pemandu nya kenelah yg berpengalaman memandu bas dalam 5 tahun ke atau 6 tahun ke...ini pemandu nya baru 3 bulan bawa bas...mana lah dia tahu nak handle bas 2 tingkat lagi...

zack

Saya cadangkan agar kerajaan laksanakan peraturan baru seperti di bawah bagi mengurangkan kemalangan seperti ini :

1. Setiap bas yang ingin digunakan atas jalan PERLU didaftar perjalanan TETAP sesebuah bas. Cth bas 'A' dibeli untuk perjalanan dari Alor Star --> Kuala lumpur. Jika bas ini perlu digunakan utk perjalanan dari Alor Star --> Kota Bahru, perlu dapatkan kebenaran pihak berkuasa.
2. Bas 'A' didaftar utk digunakan pada jalan biasa(jalan datar). Jika bas 'A' hendak digunakan utk perjalanan seperti menaiki kawasan cerun seperti C.Highland/Genting Highland, PERLU dapatkan kebenaran JPJ/PUSPAKOM. bermakna JPJ/PUSPAKOM perlu arahkan pemeriksaan bas terlebih dahulu bagi memastikan bas dlm keadaan sempurna sebelum dibenarkan menuju destinasi cerun. Semak lesen memandu utk pastikan pemandu ADA LESEN SAH. Tidak melanggar undang2. Jika bas/pemandu itu ada saman, minta selesaikan dulu saman. Jika saman yg berat, JANGAN BENARKAN. Jika berlaku perubahan bas disaat akhir, JANGAN BENARKAN(ini akan menjadi amalan biasa syarikat bas. Masa pemeriksaan, hantar bas/pemandu yg elok. Bila sampai masa, guna bas/pemandu bermasalah).
3. Dll lagi (letih nak tulis panjang-panjang).

sabtu dahasan sab

nak buat macam mana pun kemalangan tetap akan berlaku, walau bagaimanapun mencegah labih baik dari terus parah. untuk maklumat muka bumi malaysia tak sama dengan kat arab tu. itu sebab semua pemandu kena cukup bersedia semasa nak memandu cuba tanamkan perasaan takut, bersalah dan berazam supaya tak terlibat dengan kemalangan Insyallh kemalangan kurang berlaku, yang bawa penumpang tu i bagi satu tip Rancang perjalanan anda ok

mr k

jangan salahkan pemandu , bukan pemandu itu bodoh saja nak mati fikir lah , kena salahkan syarikat pembinaan and JKR

timah

semuanya adalah RASUAH MUSUH KITA SEMUA

atul

knpe bnda ni d pndang remeh...sedang an ia nya melibat an nyawa....menteri kerja raya perlu menyelidik semua infrastrur lebuhraya...menaik semula taraf..dan mperktatkan undang2..

MAT TASIR B. BASIR

Bas 2 tingkat? Naik C/Highlands? Macammanalah bas 2 tingkat boleh dibenarkan naik turun C/Highlands. Jalan bandar bolehlah.Tak paham agensi penguatkuasaan di Malaysia ni.

ASHARI NGAH

lain kali buat kerja kena ingat ke tuhan. jangan tipu. Permit 19 tapi bawa 35 penumpang. Tuhan amat murka kepada penipu.

ashari

permit bawa 19 penumpang tapi bawa penumpang 35 orang. Lain kali buat kerja kena ingat kepada tuhan. Tuhan melarang manusia melakukan penipuan. Kalau nak tipu pun jangan libatkan orang lain. Kita hidup mestyi ingatkan kepada Allah. Sekali buat, mungkin lepas, dua tiga kali buat kena bala dengan tuhan lah. Ingat kita bukan hidup selama-lamanya. Hari Akhirat tempat perhitungan kita. Didunia kita lepas tapi di akhirat belum tentu kita lepas

josekinabalu

SAYA AMAT SETUJU PANDANGAN MAZLAN, HARAP PIHAK YANG BERWAJIB AMBIL TINDAKAN WAJAR. MENGAPA PEGAWAI PUSPAKOM YANG RASUAH ITU TIDAK DIPERSALAHKAN,KENAPA BAS YANG BERMASALAH ITU DIBENARKAN BEROPERASI DAN BILA BERLAKU KEMALANGAN PEMANDU PULA YANG DI SALAHKAN,CARI JALAN PENYELESAIAN DARI TRAGIDI INI SUPAYA TIDAK BERULANG LAGI,NYAWA PENUMPANG DALAM TANGAN PEMANDU TETAPIKALAU KESILAPAN DARI PIHAK LUAR JANGAN BIARKAN MEREKA KETAWA.

ada

pasni bas dua tingkat kne bwk dgn klajuan 20@40km/j sahaja...

zul

saya hairan bin ajaib....bas 2tingkat,,,permit 19 0rang....mana mata penguatkuasa....buta atau celik.,,,siapa yang buta....dari utara ke selatan...

reeta

bila dah terjadi kemalangan yang meragut nyawa mcm ni, baru kita sibuk nak mengkaji benda dan cari kesalahan di pihak mana. Tapi lepas dua tiga bulan akan ada lagi accident mcm ni. Mungkin kerana kat negara kita, tak kiralah masalah apa, kita byk mengkaji benda dari mengambil tindakan. Diharap selepas kemalangan paling tragis ini, kajian akan disusuli dengan tindakan tegas. Bukan tunggu accident berlaku lagi pastu buat kajian lagi dan saling menunding jari sesama sendiri.

zailani

1)Adakah pemandu telah menjalani latihan pemanduan yg di iktiraf kerajaaan - ya coz dia ada lesen memandu bas.
2) Adakalh pemandu memakai pakaian yg sesuai ketika memamdu-??
3) Adakah pemandu cukup tidur sebelum pemandu??4)Adakah pemandu tidak terlibat dgn ketagihan dadah?5) Adaklah pemandu pernah menjalani fresh training - kesedaran utk menjaga penumpang ketika memandu,langkah2 yg patut ada dan tidak ada,, mungkin fresh training kena ada setiap 6 bulan sekali utk setiap pemandu bas kat Malaysia ni.
7)dah berapa ramia penumpang mati disebabkan kemalangan bass - chasis bas tidak kukuh, coz tu kalau bas terbabas sikit dah rupa macam tin sardin kena pijak..sapa yg nak kena buat rules dan semua org follow?
8)Byk kejadian kemalangan bas berlaku pada waktu malam,sekitar 10 mlm ke 6 pagi, kalau ikut ratio 80%(mlm) vs 20%(siang)- so kenapa nak ber operasi waktu malam,sapa yg patut buat rules ni dan semua org ikut?...
10) kerajaan kena menyediakan satu department -membekalkan pemandu yg bertauliah kepana semua syarikat bas di Malaysia, dan gaji tetap sekitar RM1200-RM1800,coz ada driver yg dibayar gaji ikut berapa tripped dia bawa bas setiap bulan,,so mana letakknya rasa tanggung jawab kalau driver sendiri pun ramai anak kat rumah nak bagi makan tapi gaji tak cukup. Dan satu cara utk dpt duit lebih kena bawa tripp yg banyak setiap bulan,
yg last sekali --- Kerajaan memang tak periatin langsung coz tak kena kat saudara mara dia org atau anak2 dia org,sebab tu kena siapkan landasan keretapi berkembar tu cepat sikit dan buat satu malaysia, so senang lah sikit org malaysia nak berjalan atau pergi ke destinasi yg agak jauh setiap kali dan tak payah naik bass,,naik je keretapi

lampusuluh

Sembang aja la

kosno

balik, balik mcm tu la. ada undang2 melindungi pihak tertentu. yang nak kena si macai saja. bukan susah nak selesai masaalah, tuan punya syarikat tu bawa ke mahkamah. tanya mcm mana dapat lesen, tujuan nya. bas ok ke tak. bawa bos puspakom bula. bawa semua yang berkaitan. tanya at last mesti dapat punca. bawa kle tali gantung kesalahan melibatkan nyawa. kan senang.

killer B

SETUJU DGN KOMEN MAZLAN.

ishak

jangan le nak tutup kecuaian pihak berkuasa ade ke logik bas yang besar dua tinkat pulak tu nak bawa penumpang yang sedikit? siapa silap. kalau puspakom tak upaya nak tanggung tugas pemeriksaan wujudkan satu lagi agensi pemeriksaan.

amozaal

salam..pdpt sya,bas 2 tngkat x sesuai dguna pakai..jika dlihat secara fizikal nye shj,jelas terbukti bhwa bas akan npk lebih meninggi.jika dikaji dr sudut sains,objek yang tinggi kurang stabil dri objek yang rendah..mksudnya dsini,bas 2 tingkat adalah kurang stabil dan payah utk dikawal sekiranya terjadi sesuatu..sekian.

Vin Siti Hajar

bilakah kejadian ini berlaku...

hjdan 6694

bagi kenderaan yang selalau ketempat tinggi spt cemeren atau genting hendaklan dppandu oleh pemandu yang berpengalaman kerana memandu tenpat yang turun dan naik tanah tinggi adalah jauh berbeza dengan jalan biasa.dicadnagakan letihan khas perlu diberikan kepada pemandu.bagi orang yang tak biasa memandu dijalan turun dan naik bukit memang susah dan sangat merbahaya.tindakan jpj

NightS

bagi saya, kemalangan seperti ini bukan salah pemandu. saya sebagai salah seorang pengguna pengangkutan awam bagi perjalanan jarak jauh selalu bersembang dengan pemandu. sebenarnya, bukan salah pemandu, tetapi dari segi pengankutan itu sendiri. pemandu mempunyai banyak pengalaman, telah diberi kursus, tetapi jika keadaan kenderaan itu sendiri yang bermasalah bagaimana pula? penyelenggaraan kenderaan perlulah secara berkala da TIADA URUSAN BAWAH MEJA. kerana sebab inilah pengangkutan awam kita sering dikatakan 'one way ticket' . jangan hanya fikirkan jimat kos, tetapi fikirlah tentang kualiti dan keselamatan penumpang.

penan baram

saya setuju dengan mazlan. ini terjadi bukan ke atas bas sahaja tetapi juga ke atas lori-lori pengakutan dan juga kenderaan yang lain.kadang-kadang lori-lori yang berkaitan tidak pernah menjalani pemeriksaan puspakom. runner semua yang aturkan.pemeriksaan tersebut diluluskan hanya dengan duit suapan sedangkan masalah sebenarnya kenderaan tidak pernah diketahui.

Harapan

Lagi isu bas (kenderaan berat) yang tiada penyelesaian. Para penguatkuasa hanya sibuk dengan kenderaan ringan bercermin gelap, nombor plat tak ikut spesifikasi dan berekzos besar & bising. Sedangkan kenderaan berat yang berisiko tinggi ke atas pengguna jalanraya yang lain (bas, lori & treler) bermaharajalela di atas jalanraya. Harap ada pnyelesaian.

Entahla

Isu kemalangan bas ni sudah lama. Bila terjadi balik kemalangan, HEBOH. Mana jalan penyelesaiannya.

zolbiemad

penguatkuasaan undang2 lemah, nampak seketika jika berlaku kes besar dan tekanan/arahan pihak2 tertentu, tu pun hangat2 tahi ayam.

Mazlan

Salam sejahtera.
Saya ingin memberi sedikit pandangan tentang kemalangan bas yang kerap berlaku kini.Setiap kali berlaku tragedi orang ramai akan menyalahkan pemandu bas dan bukannya bas tersebut.Untuk pengetahuan umum,saya juga seorang pemandu kenderaan berat.Pada saya puncanya berlaku kemalangan adalah disebabkan 'RASUAH'. Maksud saya ialah rasuah di PUSPAKOM.Kerap berlaku bas yang bermasalah dan sepatutnya tidak lulus ujian berkala sebaliknya boleh lulus setelah 'KAW TIM' antara 'Runner' dengan Puspakom yang dibayar oleh syarikat bas tersebut.Inilah punca sebenar berlaku kemalangan. Akibatnya pemandu bas dan penumpang jadi mangsa. Renung-renungkanlah.Terima kasih.
Mazlan,K.L.

Hj.Alizaman Hj.Jijurahman

memandangkan Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dikilometer 15,jalan cameron Highlands-simpang Pulai dekat Ipoh itu ada lah Bas dua tingkat klebetulan pula tempat kejadian yang berlaku adalah kawasan simpang yang diangap berbahaya,saya berpendapat pengunaan Bas dua tingkat untuk tujuan jalan jarak jauh di negara kita ini tidak lah begitu sesuai,ini disebabkan keadaan jalan dinegara kita yang banyak berbukit.Pengunaan Bas dua tingkat ini hanya sesuai digunakan dikawasan jalan yang tidak berbukit.Jesteru itu pihak berkuasa harus kena berhati-hati untuk meluluskan permit-permit Bas pelancung mahupun Bas penumpang jalan jarak jauh ini, kerana keselamatan penumpang harus lah diberi keutamaan dalam setiap apa jua keputusan yang dibuat melibatkan kepentingan awam. Terima kasih.

ebizz

dikatakan juga bahawa pemandu hanya memakai kain sarung dan selipar sahaja, yg sepatutnya berseluar panjang dan berkasut kulit. Macam-macam...

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan