Rabu, 22 Disember 2010

Kosmo Online

Kosmo Online


Zulkifli dipercayai berada di selatan Filipina

Posted:

Zulkifli dipercayai berada di selatan Filipina

Zulkifli dipercayai berada di selatan Filipina

22/12/2010 8:08pm

KUALA LUMPUR — Seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) kerana kaitan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dipercayai bersembunyi di selatan Filipina.

Sumber polis berkata, Zulkifli Abdhir, 44, melarikan diri ke negara itu sejak tahun 2002 sejurus selepas kejadian pengeboman di Bali yang telah meragut nyawa 110 rakyat Australia.

"Zulkifli memang merupakan salah seorang pengganas yang diburu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dipercayai terlibat dalam pengeboman itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, Zulkifli tidak dapat dikesan sehingga sekarang kerana dipercayai disembunyikan oleh kumpulan pengganas yang berada di sana.

"Kenyataan daripada isteri serta ahli keluarganya juga telah lama diperolehi dan kita masih lagi memburunya," katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Zulkifli yang berasal dari Muar, Johor dikehendaki di Amerika Syarikat selepas disyaki terlibat dalam kegiatan subversif termasuk merancang beberapa siri keganasan di lokasi tidak dinyatakan dan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan di San Jose, California baru-baru ini. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Cubaan seludup beras bersubdisi dipatahkan

Posted:

Cubaan seludup beras bersubdisi dipatahkan

Cubaan seludup beras bersubdisi dipatahkan

22/12/2010 5:44pm

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau hari ini bertindak mematahkan cubaan menyeludup keluar 160 kilogram beras bersubsidi ke negara jiran.

Ketua Penguatkuasa Maritim Tawau, Komander (Maritim) Amran Daud berkata, beras berkenaan dirampas dalam dua buah bot yang dalam perjalanan dari Tawau ke Sungai Melayu di Pulau Sebatik pada pukul 10.30 pagi tadi.

Katanya, bulan ini sahaja APMM telah mematahkan tiga cubaan menyeludup keluar beras bersubsidi berkenaan melibatkan rampasan 430 kilogram. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan