Isnin, 26 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Lebuhraya Smart ditutup untuk operasi banjir

Posted: 26 Nov 2012 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) ditutup kepada lalu lintas untuk operasi banjir, bermula kira-kira jam 4.20 petang tadi.

Pengguna boleh menghubungi SMART di talian 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Tentera patahkan cubaan seludup dadah RM8 juta di tebing Sungai Golok

Posted: 26 Nov 2012 01:10 AM PST

RANTAU PANJANG: Anggota Tentera yang bertugas di kawasan sempadan Kelantan-Thailand mematahkan cubaan menyeludup dadah pil kuda sebanyak 398,000 biji yang dianggarkan bernilai RM8 juta di sebuah pangkalan haram di Sungai Golok di sini, malam tadi.

Panglima 8 Briged Infantri yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata kejayaan itu adalah hasil rondaan dua anggota Batalion ke-IV, Rejimen Sempadan di kawasan itu kira-kira jam 11 malam.

Ketika mengadakan rondaan kira-kira 200 meter dari markas pasukan di Pengkalan Ibrahim Pencen, kedua-dua anggota rejimen itu terserempak dengan seorang lelaki yang sedang memikul sebuah guni dan sebuah kotak sebelum suspek melarikan diri.

"Suspek melarikan diri di dalam kegelapan walaupun anggota tentera itu cuba menangkapnya dengan meninggalkan barangan itu serta sebuah motosikal di tebing sungai," katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata rampasan dadah yang dipercayai diseludup dari negara jiran itu adalah yang terbesar pernah dilakukan anggota rejimen itu sejak mengambil alih tugas rondaan Ops Wawasan di sepanjang pinggir sungai itu Khamis lepas.


Mohamad Zaki berkata dadah dan motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand bernilai RM5,000 diserahkan kepada cawangan nakortik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pasir Mas untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



0 ulasan:

Catat Ulasan