Ahad, 18 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Mayat mangsa lemas di Sungai Buit Keluang ditemui hari ini

Posted: 18 Nov 2012 03:32 AM PST

BESUT: Mayat mangsa lemas Norhaslin Abu Hassan, 36, yang hilang di Sungai Buit Bukit Keluang dekat sini Jumaat lalu ditemui pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 9.28 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata mayat mangsa ditemui tersangkut di satu kawasan sangkar ternakan ikan kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mangsa hilang.

Katanya mayat mangsa yang merupakan seorang penyelenggara stor sebuah syarikat perubatan di Petaling Jaya, Selangor itu telah dibawa ke Hospital daerah Besut untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/18


Suspek kelar bayi direman seminggu

Posted: 18 Nov 2012 02:08 AM PST

KUANTAN: Suspek yang ditahan selepas dipercayai mengelar leher bayi perempuanya yang berusia 11 bulan kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata suspek, 29, kini ditahan di lokap Balai Polis Kuantan, sejak Jumaat malam.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/18


Tiada ulasan:

Catat Ulasan