Sabtu, 10 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


RTC terbukti bawa kesan besar kepada penduduk luar bandar: PM

Posted: 10 Nov 2012 02:51 AM PST

ALOR GAJAH: Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) terbukti membawa kesan besar terhadap ekonomi penduduk luar bandar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, nilai jualan bagi RTC Perak di Gopeng dan RTC Kelantan di Kota Baharu mencecah RM291.5 juta sehingga 31 Ogos lalu.

Katanya, RTC Perak mencatatkan nilai jualan berjumlah RM54.3 juta manakala RTC Kelantan memperoleh RM237.2 juta dengan pelanggan bagi kedua-dua pusat itu mencecah tiga juta orang.

"Belum tamat tahun pertama operasi, sudah kelihatan kejayaan dan saya percaya tahun-tahun akan datang, nilai jualan ini akan terus meningkat," katanya ketika berucap merasmikan RTC Melaka di Kuala Linggi di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. - BERNAMA

4 maut kereta api tergelincir di Iran

Posted: 10 Nov 2012 02:48 AM PST

TEHRAN: Seramai empat orang maut dan 35 lagi cedera seleaps kereta api penumpang tergelincir di tengah negara itu, lapor televisyen Iran.

Kereta api itu tergelincir di bandar Yazd, lewat petang semalam.

Gabenor wilayah itu, Mohammad Reza Falahzadeh berkata, mereka yang maut termasuk dua pemandu dan dua penumpang.

Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital di Yazd. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan