Selasa, 13 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Empat individu dikhuatiri lemas kereta terbabas masuk sungai

Posted: 13 Nov 2012 06:06 AM PST

[unable to retrieve full-text content]ALOR SETAR: Empat individu dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris, Pendang, dekat sini, Kedah, petang tadi.

Pelajar maahad tahfiz maut motosikal bertembung kereta

Posted: 13 Nov 2012 04:06 AM PST

KOTA BHARU: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pancor berdekatan jambatan Pok Nik Loh, Kampung Petani Sering, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, Muhammad Hakim Mat Jib, 15, yang juga pelajar sebuah maahad tahfiz, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Idris Abd Rafar berkata mangsa dikatakan menuju ke arah Pancor dari Padang Tembak sebelum memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa masuk ke laluan bertentangan dan bertembung kereta dari arah Kampung Petani Sering yang menghala ke Panji," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.


Pemandu kereta Wan Hassan Wan Ismail, 50, dan seorang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/13


Tiada ulasan:

Catat Ulasan