Rabu, 21 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Dagangan berhati-hati tarik turun harga saham KL

Posted: 21 Nov 2012 02:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan dagangan berhati-hati dan kekurangan permintaan di tengah-tengah keadaan ekonomi yang perlahan, kata seorang peniaga.

Semasa ditutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.23 mata kepada 1,622.97.

Seorang peniaga berkata para pelabur teragak-agak membuat belian yang besar kerana menunggu petunjuk pasaran yang jelas sebelum membuat sebarang keputusan.

Sentimen berhati-hati itu juga berikutan kemunculan berita bahawa Menteri Kewangan zon Euro gagal menangani isu hutang Greece.

Keseluruhan pasaran dicatatkan negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 349 kepada 275 manakala 360 kaunter Tidak berubah, 664 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.03 bilion saham bernilai RM1.59 bilion berbanding 1.02 bilion saham bernilai RM1.69 bilion pada Selasa.

Indeks Kewangan turun 1.7 mata kepada 15,015.68, Indeks Perusahaan merosot 5.77 mata kepada 2,779.25 dan Indeks Perladangan rugi 14.78 mata kepada 7,925.85.
Indeks FBM Ace meningkat 22.34 mata kepada 4,258.98 manakala Indeks FBM Emas turun 12.55 mata kepada 11,084.43 dan Indeks FBMT100 rugi 13.40 mata kepada 10,919.95. Indeks FBM Mid 70 turun 39.03 mata kepada 12,198.17.

Di kalangan kaunter aktif, Karambunai Corp meningkat 1.5 sen kepada 15.5 sen, KNM Group-Wa meningkat 1.5 sen kepada 11.5 sen dan KNM Group naik 2.0 sen kepada 50 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 3.0 sen kepada RM9.01 manakala Sime Darby meningkat 1.0 sen kepada RM9.54 dan CIMB menambah 3.0 sen kepada RM7.70.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 863.70 juta unit bernilai RM1.55 bilion berbanding 840.75 juta unit bernilai RM1.67 bilion pada Selasa.

Perolehan di Pasaran ACE turun kepada 76.44 juta saham bernilai RM15.96 juta berbanding 86.18 juta saham bernilai RM17.57 juta sebelum ini.

Waran turun kepada 52.02 juta unit bernilai RM2.97 juta berbanding 90.41 juta unit bernilai RM4.94 juta pada Selasa.

Produk pengguna mencatatkan 43.31 juta saham di Pasaran Utama, produk perusahaan 200.18 juta, pembinaan 21.70 juta, dagang dan perkhidmatan 288.23 juta, teknologi 37.69 juta, prasarana 20.90 juta, kewangan 51.65 juta, hotel 735,400, hartanah 168.07 juta, perladangan 18 juta, perlombongan 266,900, REIT 9.54 juta dan tertutup/dana 3.43 juta. - BERNAMA

Khairul Fahmi akan tamatkan zaman bujang pada 28 Disember ini

Posted: 21 Nov 2012 02:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Kemenangan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nanti akan menjadi hadiah yang amat bermakna kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 Disember nanti.

Pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Khairul Fahmi berkata, walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, namum ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.

"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara.

"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey," katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di sini, hari ini.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 akan diadakan pada 22 Disember.

Dalam majlis yang sama, Khairul Fahmi, yang dekenali dengan panggil 'Apek' memaklumkan beliau dan pasangannya memilih konsep 'English Garden Style' untuk majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, Damansara, di sini, pada 13 Januari 2013.
Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu pada 30 Dis berkonsepkan 'Melayu Kontemporari' manakala persandingan sebelah lelaki pula diadakan di kediaman rasmi Khairul Fahmi di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Ditanya mengenai tahap motivasi pemain skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan pertama menentang Singapura Ahad ini, beliau berkata kesemua rakan pasukannya berada pada tahap keyakinan yang tinggi bagi memastikan kejuaraan Piala AFF Suzuki pada edisi 2010 mampu dipertahankan.

"Sejujurnya saya dan rakan-rakan yang lain berada pada tahap motivasi yang tinggi dan kami semua tidak sabar untuk menentang Singapura.

"Kalah, menang itu memang sudah pasti dalam setiap permainan tetapi bagi saya ia adalah satu tekanan yang positif untuk saya dan rakan-rakan pasukan bermain dengan baik terutamanya apabila Malaysia adalah tuan rumah," katanya.

Malaysia dan Thailand adalah tuan rumah bersama bagi Piala AFF Suzuki 2012 yang akan bermula pada 24 November hingga 22 Disember nanti. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan