Rabu, 14 November 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Teksi terlipat

Posted: 13 Nov 2012 01:16 PM PST

KAJANG: "Kami terpaksa menggunakan semua peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang terhimpit dalam kenderaannya yang remuk teruk sehingga dadanya rapat dengan stereng," kata Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Awang Omar.

Beliau menceritakan kerja menyelamat seorang pemandu teksi yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 5.3, Lebuhraya Silk-Kajang, kelmarin.


Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kasmir Mohammed, 53, berasal dari Cheras, parah di tangan, badan dan tulang rusuknya serta dirawat di Hospital Serdang (HS).

Penolong Pengarah bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.36 pagi sebelum satu jentera bersama tujuh anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah teksi remuk dalam keadaan seperti dilipat selepas ditindih bahagian depan treler, manakala pemandunya tersepit di tempat duduk penumpang.


"Walaupun mangsa masih bernyawa, tetapi dadanya seperti melekat dengan stereng selepas teksi dipandunya dihimpit antara treler dan pembahagi jalan," katanya.

Menurutnya, kerja menyelamat dimulakan dengan ketua operasi pasukan bomba berinteraksi dengan mangsa untuk menenangkan emosinya sebelum bumbung teksi dipotong.


"Ruangan sempit kerana kedudukan teksi yang terhimpit antara treler dan pembahagi jalan menyukarkan kerja menyelamat dan pasukan bomba perlu berhati-hati menggunakan alat peregang hidraulik untuk melepaskan mangsa.

"Namun, kerja pasukan bomba turut terganggu apabila orang ramai memenuhi kawasan kemalangan untuk melihat kejadian lebih dekat," katanya.


Bagaimanapun, katanya, kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam teksi berjalan lancar walaupun menghadapi kesukaran kerana keadaan kenderaan yang remuk teruk sebelum diserahkan kepada petugas ambulans.


Difahamkan, treler terbabit yang dipandu di lorong paling kiri lebuh raya tidak sempat mengelak apabila sebuah teksi tiba-tiba berhenti di hadapannya.


Ini menyebabkan treler itu merempuh dan mengheret teksi berkenaan lebih 20 meter. Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba mengeluarkan pemandunya, tetapi tidak berjaya kerana mangsa tersepit dari bahagian pinggang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/14


Pijak pekerja stesen minyak

Posted: 13 Nov 2012 01:14 PM PST

SUBANG JAYA: Sekumpulan empat lelaki berputih mata apabila cubaan mereka untuk memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam stesen minyak disedari pekerja premis berkenaan dalam kejadian di Batu 13, Jalan Puchong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pekerja warga emas berusia 60 tahun terbabit diserang dua daripada empat suspek bersenjatakan sebatang besi itu sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki dua motosikal.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 6.40 pagi sebelum berkejar ke tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati dua suspek berada di dalam premis cuba memecahkan mesin ATM berkenaan dengan menggunakan gas Oxy-Acetylene manakala dua lagi menunggu di luar premis.


"Mangsa, seorang warga emas tiba di premis itu jam 6 pagi sebelum terdengar perbualan berserta percikan api dari bahagian dalam kedai dan cuba mengintai dari cermin luar.


"Bagaimanapun, sebaik saja dia mendekati premis itu, dia disentap dan diseret dua lelaki bertopi keledar bersenjatakan sebatang besi ke arah belakang kedai sebelum seorang daripada suspek memijak mangsa," katanya.

Menurutnya, rakaman kamera litar (CCTV) premis itu menunjukkan pergerakan dua lelaki bertopi keledar penuh di pekarangan kedai sebelum disembur dengan cat hitam.


"Polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/14


0 ulasan:

Catat Ulasan