Selasa, 27 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Bahana besar ideologi songsang

Posted: 27 Nov 2012 09:56 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat bangkit menentang bahana besar ideologi songsang pembangkang yang merungkai asas-asas agama, mencabar maruah bangsa dan mengancam kedaulatan negara.

Sokong calon dipilih pucuk pimpinan

Posted: 27 Nov 2012 09:55 PM PST

Kuala Lumpur: Kukuhkan perpaduan dan sokong calon diputuskan pucuk pimpinan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), itu amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Najib juga meminta 3.5 juta ahli UMNO supaya bekerja lebih keras dan menggunakan pendekatan 'serang untuk bertahan' bagi menangkis hujah serta tohmahan pembangkang. Beliau juga menggesa ahli memberi penjelasan kepada rakyat, selain tidak mensabotaj parti bagi memastikan kemenangan dua pertiga pada PRU-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri mahu semua pihak bersatu padu dan bekerja keras memastikan kemenangan parti pada PRU-13, iaitu proses yang akan menyaksikan kesetiaan ahli parti diuji.

"Ahli UMNO perlu terima hakikat yang menentukan jatuh bangun parti bukan hanya ahli, tetapi juga rakyat. Itu realiti dalam kita memastikan sur-vival dan legasi parti.

"Jangan ada yang sabotaj parti dan khianati perjuangan kita. Inilah masa semua diuji," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata wakil rakyat yang sudah lama berkhidmat perlu bersedia memberi laluan kepada muka baru, sama seperti peluang yang mereka peroleh suatu ketika dulu.

"Presiden memberi contoh ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, beliau mendesak kepemimpinan memberi peluang kepada orang muda, tapi sekarang golongan muda yang mendesak mereka yang sudah lama jadi wakil rakyat untuk memberi tempat kepada orang muda.
"Proses ini hendaklah dilaksanakan supaya proses meremajakan parti dan memilih calon baru dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berjalan mengikut amalan demokrasi," katanya.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kegagalan atau kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 bergantung kepada ahli parti.

"Jika semua ahli bersatu dan menghindari perbuatan sabotaj, ia mampu memberi kemenangan kepada parti. Itu peringatan penting Datuk Seri Najib menerusi sindiran tajamnya," katanya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata ahli turut diingatkan meningkatkan kesatuan dan lebih agresif berdepan pengundi melalui pendekatan 'serang untuk bertahan' bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan