Isnin, 19 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Perlawanan persahabatan Malaysia-Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil

Posted: 19 Nov 2012 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' antara skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam esok, telah ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata sepak mula perlawanan itu bagaimanapun kekal pada 8.45 malam.

"Tiket akan mula dijual mulai 5 petang manakala pintu pagar mula dibuka pada 6.30 petang," kata FAM dalam kenyataan, hari ini.

Harga tiket ditetapkan RM20 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Tiga lelaki ditahan cuba rompak kedai emas di Ipoh

Posted: 19 Nov 2012 05:09 AM PST

IPOH: Polis menahan tiga daripada empat lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi yang melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Lahat di sini, hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata dalam kejadian pada 3.30 petang itu, seorang daripada perompak berkenaan berjaya melarikan diri bersama segenggam emas.

"Kesemua perompak yang memakai topeng cuba melarikan diri dari kedai berkenaan dengan menaiki dua motosikal tetapi gagal selepas dirempuh oleh kereta peronda polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu dan tiga daripada mereka berjaya diberkas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19


Tiada ulasan:

Catat Ulasan