Ahad, 11 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Justin Bieber dan Selena Gomez tidak berpacaran lagi

Posted: 11 Nov 2012 04:28 AM PST

LOS ANGELES: Bintang pop, Justin Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez, dilaporkan sudah berpisah yang sekali gus menamatkan hubungan bintang muda berprofil tinggi, mengikut laporan media Amerika.

Bieber, 18, dan Gomez, 20, mengesahkan hubungan cinta mereka pada Februari 2011 apabila dilihat hadir dalam parti pada malam anugerah Oscar iaitu selepas sebulan khabar angin mendakwa mereka berpacaran. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/11


Zulfahmi di tempat ketiga Moto3 di litar Sepanyol

Posted: 11 Nov 2012 04:17 AM PST

VALENCIA (Sepanyol): Pelumba Britain, Danny Kent memenangi perlumbaan grand prix Moto3 iaitu pertarungan ke-17 dan terakhir buat musim ini,sebentar tadi.

Rakan sepasukannya, Sandro Cortese dari Jerman menghabiskan perlumbaan di tangga kedua manakala pelumba Malaysia, Zulfahmi Khairuddin menduduki tempat ketiga. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/11


Tiada ulasan:

Catat Ulasan