Jumaat, 16 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


54,697 calon duduki STPM mulai Isnin

Posted: 16 Nov 2012 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 54,697 calon akan menduduki peperikasaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 19 Nov hingga 13 Dis depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seramai 49,163 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,186 calon sekolah swasta, 4,224 calon persendirian individu dan 124 calon sekolah kerajaan negeri.

"Mereka merupakan calon kohort terakhir yang akan menduduki peperiksaan STPM sedia ada.

"Calon kohort pertama peperiksaan STPM berdasarkan sistem pentaksiran baharu STPM telah pun menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 mereka pada 5 hingga 8 Nov lepas," kata MPM.


Kesemua calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung dan digalakkan untuk menyemak nama pusat peperiksaan yang akan mereka duduki.


Calon juga boleh mencetak LPKC masing-masing melalui portal MPM di http://www.mpm.edu.my.

Sekiranya berlaku sebarang bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh sehingga menyebabkan calon menghadapi kesukaran untuk sampai ke pusat peperiksaan, mereka dinasihati pergi ke pusat peperiksaan berdekatan untuk menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.

MPM juga membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666, 03-61369663, 03-61302664 atau 03-61302646 dari 7 pagi hingga 6 petang. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16


Banduan mengaku tidak bersalah cederakan tiga anggota polis

Posted: 16 Nov 2012 12:20 AM PST

KUANTAN: Seorang banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga anggota polis yang mengiringinya ketika dia melarikan diri pada September lepas.

Ruslan Ismail, 32, bekas buruh ladang kelapa sawit di Ajil, Terengganu juga mengaku tidak bersalah atau tuduhan melarikan diri daripada kawalan polis berkenaan pada tarikh dan waktu yang sama.

Berpakaian seragam penjara warna merah cili berjalur biru, Ruslan didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Kpl Abdul Rashid Ahmad, 51, Konstabel Zuhairi Ramli, 24, dan L/Kpl Filyx Ian Saver Jindu, 25, ketika mereka dalam perjalanan membawanya ke Penjara Penor untuk menjalani hukuman bagi kesalahan memiliki dadah.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Jalan Kuantan-Bypass berdekatan Taman Datuk Rashid, di sini pada 11.45 pagi, 18 Sept lepas. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16


0 ulasan:

Catat Ulasan