Jumaat, 23 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Saham KL ditutup rendah kerana pelabur tidak memasuki pasaran

Posted: 23 Nov 2012 02:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan pelabur terus berhati-hati dengan tidak memasuki pasaran, ditambah pula dengan spekulasi baharu yang pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, kata peniaga.

Petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.23 mata kepada 1,614.32, selepas bergerak antara 1,611.09 dan 1,618.73.

Naib presiden/ketua penyelidikan runcit, Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata spekulasi itu muncul berikutan akan berlangsungnya perhimpunan umum UMNO minggu depan, dan pasaran menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen bila-bila masa tidak lama lagi.

Beliau berkata, yang para pelabur turut menjangkakan pasaran akan bergerak ke paras 1,600 mata dan mereka menantikan pemangkin kukuh sebelum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai pasaran.

"Pada paras bawah psikologi 1,600, dana akan mengalir masuk kerana pasaran disifatkan sebagai amat menarik," kata beliau kepada Bernama hari ini.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 436 berbalas 215 sementara 335 kaunter tidak berubah, 662 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada satu bilion saham bernilai RM1.49 bilion daripada 892.34 juta saham bernilai RM1.57 bilion pada Khamis.
Indeks Kewangan turun 8.48 mata kepada 14,964.67, Indeks Perindustrian jatuh 3.38 mata kepada 2,770.69 dan Indeks Perladangan kerugian 8.02 mata kepada 7,883.87.

Indeks FBM Ace menokok 9.36 mata kepada 4,253.85 sementara Indeks FBM Emas merosot 34.23 mata kepada 11,019.24, Indeks FBMT100 jatuh 31.60 mata kepada 10,858.32 dan Indeks FBM Mid 70 berkurangan 50.23 mata kepada 12,113.12.

Di kalangan saham aktif, Metronic Global naik 1.5 sen kepada 15 sen, Ariantec Global dan Scomi-LA, kedua-dua tidak berubah pada 8.5 sen dan sembilan sen.

Saham-saham berwajaran berat pula, Maybank dan Sime Darby, masing-masing kekal pada RM9.00 dan RM9.55 sementara CIMB menokok dua sen kepada RM7.69.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menambah kepada 771.87 juta unit bernilai RM1.47 bilion daripada 743.22 juta unit bernilai RM1.55 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di pasaran Ace mengembang kepada 138.76 juta saham bernilai RM16.40 juta daripada 69.31 juta saham bernilai RM13.12 juta sebelumnya.

Waran turun kepada 60.26 juta unit bernilai RM3.03 juta daripada 77.74 juta unit bernilai RM2.95 juta semalam.

Produk pengguna menguasai 69.09 juta saham di Pasaran Utama, produk perindustrian 145.50 juta, pembinaan 22.85 juta, urus niaga dan perkhidmatan 343.27 juta, teknologi 37.8 juta, infrastruktur 21.60 juta, kewangan 47.72 juta, perhotelan 1.48 juta, hartanah 61.78 juta, perladangan 14.45 juta, perlombongan 104,000, REIT 6.03 juta dan dana tertutup 198,400. - BERNAMA

Seorang terbunuh, sembilan cedera ditembak tentera Israel berdekatan Gaza

Posted: 23 Nov 2012 02:29 AM PST

BANDAR GAZA: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan sembilan yang lain di pagar sempadan antara Gaza dan Israel, hari ini.

Pegawai kesihatan Gaza berkata, ia adalah laporan kejadian keganasan pertama susulan gencatan senjata dilaksanakan antara Israel dan Hamas, semalam.

Kejadian tembak menembak itu adalah insiden terpencil dan ia dijangka tidak akan memberi kesan terhadap persetujuan perdamaian yang dirancang Mesir.

Malah, Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh daripada parti Hamas menggesa kumpulan pemberontak untuk menghormati arahan gencatan senjata antara kedua-dua pihak. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan