Khamis, 15 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Perkasa Pahang buat laporan polis berhubung kenyataan Irene Fernandez

Posted: 15 Nov 2012 01:31 AM PST

KUANTAN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pahang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez dan organisasi amal antarabangsa, Equal Right Trust (ERT) yang mencadangkan hak Bumiputera di negara ini dimansuhkan.

Ketua Penerangan Perkasa Pahang Muhamad Faiz Hashim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini.


Beliau diiringi kira-kira 20 pemimpin dan anggota Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Majlis Belia negeri dan beberapa lagi badan bukan kerajaan (NGO).

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Muhamad Faiz berkata Perkasa juga mendesak Irene dan ERT membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk Bumiputera di negara ini.


Sebuah portal berita semalam menerbitkan artikel hasil kajian ERT dan Tenaganita kononnya kewujudan Perkara 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak Bumiputera adalah antara faktor di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15


Mahasiswa selar serangan Israel ke atas Palestin

Posted: 15 Nov 2012 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) berhimpun di hadapan sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini, bagi membantah tindakan Israel menyerang penduduk Islam dan orang awam di Semenanjung Gaza.

Mereka berhimpun selama sejam mulai 3.30 petang dengan membawa kain rentang antaranya bertulis "celaka Israel" serta melaungkan "hancur Israel". Presiden Gamis Muhamad Azan Safar berkata badan itu akan mengadakan satu lagi perhimpunan untuk menghantar memorandum bantahan berhubung isu tersebut kepada Kedutaan Amerika dalam masa terdekat "Kita akan mengumpulkan seberapa ramai umat Islam untuk berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.


Selain itu katanya, kepimpinan tertinggi Gamis juga akan bertemu dengan duta Mesir dan Turki bagi meminta kedua-dua kerajaan itu memberi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15


0 ulasan:

Catat Ulasan