Isnin, 12 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Tangguh dahulu lawatan ke Syria

Posted: 12 Nov 2012 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi inasihati supaya menangguhkan sebarang lawatan ke Syria ketika ini berikutan keadaan keselamatan di negara itu semakin meruncing dan membahayakan keselamatan umum, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, hari ini.

Beliau berkata pihaknya bimbang dengan situasi keselamatan yang semakin buruk di negara itu dan akan terus memantau perkembangan di sana.

"Mengambil kira situasi semasa dan Nasihat Perjalanan pada 21 Julai 2012, kementerian sekali lagi ingin menasihatkan semua rakyat agar menangguhkan atau tidak melakukan sebarang lawatan ke negara itu buat masa ini," katanya dalam kenyataan.

Anifah berkata pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik masih ditutup sejak Julai lalu.


Mengikut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, lebih 30,000 orang dilaporkan terbunuh dalam konflik di negara itu sejak pemberontakan menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar Al-Assad tercetus pada Mac 2011. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/12


Lelaki Afrika perdaya syarikat sehingga kerugian RM1.86 juta

Posted: 12 Nov 2012 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat asing dilaporkan mengalami kerugian RM1.86 juta selepas terpedaya dengan urusniaga yang dikendalikan sekumpulan lelaki Afrika yang menyamar dengan menggunakan nama sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah pembedahan tempatan terkemuka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata syarikat itu termasuk dari Australia, India, Greece dan Libya yang kerugian apabila tidak menerima barangan selepas membuat bayaran.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan menggunakan nama syarikat itu tetapi mengubah alamat dan nombor telefonnya.

"Kita terima 15 aduan daripada syarikat pengeluar sarung tangan itu setelah menyedari suspek menggunakan identitinya," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/12


Tiada ulasan:

Catat Ulasan