Khamis, 15 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Dua lelaki diculik di Lahad Datu

Posted: 15 Nov 2012 01:21 AM PST

KOTA KINABALU: Dua lelaki rakyat tempatan dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata api di sebuah ladang sawit, kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai berhampiran FELDA Sahabat 15, Lahad Datu, petang semalam.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Lebih banyak KR1M akan dibuka di kawasan Orang Asli

Posted: 15 Nov 2012 12:06 AM PST

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membuka lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mini di perkampungan Orang Asli di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain memudahkan komuniti Orang Asli membeli barangan keperluan pada harga berpatutan, usaha itu juga seiring sambutan menggalakkan daripada perkampungan yang empunyai KR1M mini.

"Kita akan serahkan kepada Orang Asli mengendalikan perniagaan di kedai KR1M itu supaya dapat melatih mereka dalam perniagaan, sekali gus boleh melahirkan ramai usahawan niaga dari kalangan mereka," katanya selepas perjumpaan dan sesi dialog bersama masyarakat Orang Asli, di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau sekali lagi mengingatkan Orang Asli agar tidak mudah terjerat dengan segala janji manis pembangkang konon untuk membela nasib Orang Asli kerana janji tersebut hanya satu pembohongan.

"Pembangkang tidak akan menunaikan janjinya walaupun menang pilihan raya dan ini terbukti di mana negeri yang mereka perintah janji yang dibuat tidak ditunaikan termasuk perkara kecil seperti masalah sampah dan air pun tidak dapat diatasi.

"Hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu melaksanakan pembangunan untuk rakyat di mana segala janji kepada rakyat telah ditunaikan walaupun ada kalanya sedikit lewat dilaksanakan," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan