Isnin, 12 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pemimpin Islam perlu sepakat pertahan maruah agama

Posted: 12 Nov 2012 10:19 PM PST

Besut: Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Katanya tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat.

"Amat dikesalkan kerana pemimpin PAS seperti tidak mahu memperbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara itu tidak penting," katanya pada satu perjumpaan dengan media, di sini semalam.
Amat dikesalkan kerana pemimpin PAS seperti tidak mahu mem-perbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara itu tidak penting," Abdullah Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

Kesal Nik Aziz sokong Izzah

Katanya sebagai Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong Nurul Izzah sekalipun menyedari beliau melakukan kesalahan besar.

"Nik Aziz jika tahu perkara ini salah sepatutnya jangan keluar apa-apa pandangan dan lebih baik menjadi syaitan bisu daripada syaitan yang berkata-kata," katanya.

Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif mengenai bidang agama.
Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara tersebut juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November lalu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan