Ahad, 11 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


13 maut dalam gempa bumi di Myanmar

Posted: 11 Nov 2012 01:55 AM PST

SHWEBO: Gempa bumi kuat yang menggegar Myanmar mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang manakala 40 lagi dan mencetuskan suasana panik di tengah bandar Mandalay, kata penduduk dan sukarelawan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan bandar iaitu 116 kilometer utara Mandalay dan diikuti gempa susulan.

Empat pekerja buruk yang terhumban ke dalam Sungai Irrawaddy apabila gempa mengoncang jambatan yang sedang mereka bina di utara Mandalay dan berdekatan pusat gempat adalah antara dipercayai mati.

Sementara itu, biara yang runtuh di perkampungan berdekatan Kyauk Myaung mengakibatkan dua orang mati dan seorang lagi di Mandalay.

Sekurang-kurangnya enam lagi terbunuh di bandar Sint Ku termasuk dua orang ketika lombong emas runtuh di situ. - AFP

3 maut, 4 cedera kemalangan di Kunak

Posted: 11 Nov 2012 01:30 AM PST

KUNAK: Tiga maut dan empat cedera apabila lori yang mereka tumpang hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Kunak-Lahad Datuk, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, Asisten Superintendan Wee Devets Tan berkata, akibat rempuhan itu lori berkenaan terbabas ke tepi jalan dan penumpangnya tercampak keluar dalam kejadian jam 4.40 petang.

Beliau berkata, seorang penumpang meninggal di tempat kejadian sementara dua lagi di Hospital Kunak.

Empat yang cedera termasuk pemandu dan seorang wanita yang sarat mengandung kini dirawat di Hospital Kunak dan Hospital Tawau, katanya.

Mereka dikatakan baharu balik dari pengebumian anggota keluarga mereka di tanah perkuburan Islam Lor Malung dekat sini dan menghala ke arah Lahad Datu.

Wee berkata, pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam satu kenyataan tanpa memberi butiran lanjut mengenai mangsa.

Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu dikatakan bekerja di sebuah ladang sawit berdekatan sempadan Lahad Datu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan