Jumaat, 9 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Dua nyaris maut apabila lori berpusing, terbalik

Posted: 09 Nov 2012 05:00 AM PST

JELI: Dua lelaki nyaris maut apabila lori satu tan dinaiki mereka berpusing sebelum terbalik melanggar tebing parit ketika cuba mengelak dari merempuh dua kenderaan di Kilometer 6.6, Jalan Jeli-Dabong dekat Kampung Pasir Dusun, di sini, petang kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, kelindan lori terbabit, Ahmad Zakuan Kasim,27, patah tangan kiri dan tersepit di dalam kenderaan itu kira-kira 15 minit sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

Rakannya yang juga pemandu lori, Kueh Elek, 54, pula bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09


Muip sedia peruntukan untuk aktiviti surau dan masjid di Pahang

Posted: 09 Nov 2012 04:55 AM PST

PEKAN: Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) menyediakan peruntukan lebih RM7 juta untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti sumbangan kepada surau dan masjid, ceramah agama, bantuan am Ramadan dan elaun guru hafiz masjid.

Bantuan berkenaan antara usaha meningkatkan lagi syiar Islam di Pahang dan Muip sentiasa diberi tumpuan menerusi pelbagai program.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata yang terbaru Muip memberi saguhati RM500 seorang kepada 1,735 siak dan bilal di seluruh negeri.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09


Tiada ulasan:

Catat Ulasan