Jumaat, 16 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga: Zeti

Posted: 16 Nov 2012 02:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2012 berbanding 5.8 peratus yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata pertumbuhan

terjejas oleh permintaan luar yang perlahan yang menyebabkan penurunan lagi dalam eksport sebenar bersih barangan dan perkhidmatan. Permintaan domestik, bagaimanapun, terus menyediakan sokongan kepada pertumbuhan, disokong oleh prestasi penggunaan swasta yang menggalakkan dan aktiviti pelaburan oleh sektor awam dan swasta.

Semasa mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hari ini, Zeti berkata permintaan domestik berkembang 11.4 peratus pada suku ketiga berbanding 14 peratus pada suku sebelumnya.

Pertumbuhan bagi suku kedua 2012 disemak menaik kepada kepada 5.6 peratus daripada 5.4 peratus. - BERNAMA

Hadi minta Pas, DAP pastikan ahli mereka undi calon Pas

Posted: 16 Nov 2012 02:12 AM PST

KOTA BHARU: PAS hari ini meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempastikan bahawa anggota mereka memberi undi kepada calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata permintaan itu selaras dengan keputusan ulama PAS mengarahkan semua ahlinya supaya mengundi calon DAP dan PKR.

Ketiga-tiga parti tersebut bakal meletakkan calon atas tiket dan lambang parti masing-masing pada PRU-13 kelak kerana mereka tidak berdaftar sebagai pakatan pembangkang secara rasmi. "Memang itulah (anggota PAS diminta mengundi calon PKR dan DAP) dan mereka pun kena undi kita jugalah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.

Semalam, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata keputusan dibuat ulama PAS akan memberikan penjelasan perkara tersebut kepada anggota parti dengan menggunakan dalil daripada Al-Quran dan hadis.

Katanya, ulama parti itu merujuk Al-Quran dan hadis membuat ijtihad membenarkan 'tahaluf siyasi' dengan parti-parti lain sebagai satu wadah mencapai kemenangan pada pilihan raya.

Dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini, anggota parti itu dalam siri kempen mereka pernah mendakwa bahawa pengundi Islam hanya boleh mengundi calon Islam atau calon parti Islam. Malahan pemimpin parti itu pernah mengecap Umno kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Ketika ditanya sama ada partinya akan mengumumkan senarai calon sebelum Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan PRU diadakan, Abdul Hadi berkata terpulang kepada pucuk pimpinan PAS Pusat untuk membuat keputusan.

Katanya calon-calon PAS telah dikenalpasti dan dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama dan lazimnya nama mereka diumumkan sehari dua sebelum hari penamaan calon.

"Itu (mengumumkannya lebih awal) terserah kepada PAS Pusat. Pada dasarnya kita menerima pandangan itu," katanya.

Menyentuh kritikan beberapa anggota Dewan Pemuda PAS yang tidak berpuashati dengan organ rasmi parti, akhbar Harakah, dan mahukan sidang pengarangnya dirombak, Abdul Hadi berkata sesiapa sahaja berhak memberikan pandangan.

Katanya setiap pandangan yang diberikan pada muktamar parti itu akan diberi perhatian dan diperhalusi.

Abdul Hadi berkata bagaimanapun beliau berpuas hati dengan laporan Harakah selama ini. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan