Isnin, 26 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


KL inspirasi Palestin

Posted: 26 Nov 2012 04:53 PM PST

Kejayaan Malaysia selesai konflik dengan negara jiran secara aman dipuji

Kuala Lumpur: Pemimpin Palestin mengiktiraf dan menjadikan Malaysia inspirasi untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian di negara yang diancam Yahudi itu.

Ketua Perhubungan Antarabangsa Parti Hamas, Usamah Hamdan, berkata Malaysia bersama masyarakat dunia sentiasa mendesak israel menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin.

"Kami bangga Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Segala usaha Malaysia wajar dicontohi," katanya ketika ditemui pada Forum Antarabangsa UMNO 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat - Menoleh Ke Belakang atau Memandang Ke hadapan? sempena Persidangan Agung UMNO 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Ambil iktibar

Sementara itu, Ahli Parlimen Niger, Assoumana Malam Issa berkata, negara lain boleh mempelajari pendekatan Malaysia menyelesaikan konflik yang pernah dihadapi dengan negara jiran, secara aman tanpa mencetuskan peperangan.

"Malaysia adalah negara aman contoh yang banyak mencapai kemajuan. Banyak boleh dipelajari daripada Malaysia.
"Saya akan menjemput pihak dari Malaysia seperti Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) untuk berkongsi pengalaman mendekati belia dan memberi perhatian serius kepada suara golongan itu, termasuk membabitkan soal dasar.

"Penyelesaian konflik secara aman sangat penting. Peperangan hanya membawa kemusnahan, kematian, penderitaan dan kesedihan, tiada pembangunan, aktiviti, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Lihatlah peperangan di Darfur dan Somalia," katanya.

Cermin imej Malaysia

Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim berkata, Forum Antarabangsa UMNO jelas melangkaui perspektif politik domestik untuk mencerminkan imej Malaysia menghormati ummah serta menunjukkan persahabatan dalam hubungan asing.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang pengamal transformasi.

"Saya juga mengambil perhatian dengan minat terhadap pendekatan kesederhanaan beliau dalam menangani krisis pada mesyuarat pemimpin dalam Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.

Puji keterbukaan Kabinet

"Kita boleh terima pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN sebagai relevan kepada forum ini," katanya sambil menegaskan UMNO boleh dipuji secara terbuka atas keputusan Kabinet memberi sokongan untuk Malaysia bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina.

Naib Presiden Partai Demokrat Indonesia, Max Sopacua, pula menyifatkan Najib sebagai pentadbir kerajaan yang baik kerana melaksanakan pelbagai langkah untuk kepentingan seluruh rakyat negara ini.

Dunia wajar contohi Malaysia selesai konflik

Posted: 26 Nov 2012 02:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Dunia wajar mencontohi Malaysia dalam menyelesaikan konflik dengan lima negara jiran sebelum ini tanpa sebarang peperangan atau pertumpahan darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan