Rabu, 14 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Suspek kes bunuh diberkas selepas bergelut

Posted: 14 Nov 2012 06:54 AM PST

BENTONG: Seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh petugas Pejabat Hutan Daerah Bentong, Khairul Hazri Jamaludin, 31, 4 November lalu diberkas selepas bergelut dan mencederakan seorang anggota polis di Taman Hussein Bentong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, terserempak dengan lelaki terbabit yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, ketika ingin ditahan dan diperiksa, lelaki terbabit bertindak mengacukan pisau hingga mencederakan leher seorang daripada anggota polis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/14


Penunggang motosikal maut dirempuh motosikal lain

Posted: 14 Nov 2012 04:25 AM PST

GEORGETOWN: Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah motosikal lain di jalan bertingkat berhampiran bulatan Tunku Kudin menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Tan Hoon Hook, 74, yang terseret beberapa meter dan kepalanya cedera akibat terhantuk pada besi pembahagi jalan meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 2 petang tadi.

Sumber polis memberitahu, seorang lagi penunggang motosikal yang cuba mengelak kemalangan itu turut hilang kawalan sebelum dia terjatuh di bahu jalan dan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang menyiasat untuk mengenal pasti penunggang yang merempuh Tan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berdekatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/14


Tiada ulasan:

Catat Ulasan