Jumaat, 16 November 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Helah PAS tarik undi

Posted: 16 Nov 2012 02:47 PM PST

Pengkalan Chepa: Setelah memperkenalkan pelbagai 'fatwa' kontroversi sebelum ini, Muktamar PAS Ke-58 di sini semalam, disogok dengan konsep tahaluf siyasi, untuk menghalalkan undi PKR dan DAP.

Konsep ini dianggap bercanggah dengan penegasan PAS dalam beberapa pilihan raya umum lalu yang menetapkan pengundi Islam hanya boleh mengundi calon Islam atau calon parti Islam. Ia juga bertentangan dengan pegangan PAS sebelum ini yang mengecap UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Menjelaskan maksud tahaluf siyasi, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata ia adalah konsep kerjasama bersama rakan pembangkang berdasarkan al-Quran dan hadis.

Tanpa mengulas panjang, beliau berkata, ulama PAS akan memberi penjelasan mengenai perkara itu kepada ahli parti.

Hadi berkata, PAS akan meminta PKR dan DAP memberi undi kepada calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ia selaras keputusan ulama PAS mengarahkan semua ahlinya mengundi calon DAP dan PKR.

Pada PRU-13, ketiga-tiga parti akan meletakkan calon atas tiket dan lambang parti masing-masing kerana secara rasmi mereka tidak berdaftar sebagai pakatan pembangkang.
Memang itulah dan mereka pun kena undi kita jugalah, katanya dalam ucapan dasar bertema Negara Kebajikan Teras Perpaduan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini, semalam.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw serta barisan pucuk kepimpinan PAS.

Abdul Hadi juga mendakwa sejak 50 tahun lalu, keseluruhan kuasa politik di negara ini disyaitani manusia yang menganggap diri mereka suci daripada kesalahan dan kelemahan.

Beliau juga sekali lagi menuduh UMNO menggunakan kalangan ula ma tertentu sebagai terompah untuk dipakai ke sana sini.

Mendakwa BN sengaja melambat-lambatkan PRU-13 kerana mahu menurunkan moral dan melemahkan kedudukan kewangan pembangkang, Abdul Hadi berkata, pelbagai isu juga akan digunakan bagi memancing undi.

Presiden PAS itu turut mengingatkan petugas PAS bersedia menangani kehadiran generasi muda Melayu yang didakwa menyokong PAS tetapi tidak mahu menjadi ahli.

Kempen menjelang PRU-13 banyak membabitkan perang siber dan persiapannya bukan lagi seperti apa yang pernah kita lalui sebelum ini.

Mahu atau tidak, suka tidak suka, petugas di semua peringkat mesti menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menghadapi fenomena perang siber, selain berkempen menerusi laman sesawang, YouTube, Facebook dan Twitter selain ceramah serta media cetak, katanya.

AES rakam gambar pencuri

Posted: 16 Nov 2012 01:54 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Ipoh: Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan saja memerangkap mereka yang memandu melebihi had laju, malah membantu mengesan kereta yang dicuri.

0 ulasan:

Catat Ulasan