Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Yayasan Pahang sasar pendapatan RM345j

Posted:

Yayasan Pahang sasar pendapatan RM345j

Yayasan Pahang sasar pendapatan RM345j


Adnan Yaakob (tiga dari kiri) bertanya sesuatu kepada kakitangan cemerlang Yayasan Pahang pada majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Yayasan Pahang dan Anak-Anak Syarikat 2011 di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 2 Jan. - Kumpulan Yayasan Pahang (KYP) mensasarkan pendapatannya mencecah RM345 juta dengan keuntungan sebanyak RM95 juta pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Datuk Saariah Saad berkata, kedudukan ini akan menggerakkan keseluruhan aset KYP kepada RM633 juta walaupun nilai sebenar ketika ini mencecah lebih RM1 bilion.

"Sumbangan terbesar kepada bajet ini datangnya daripada anak syarikat kumpulan yang menguruskan sektor peladangan kelapa sawit iaitu Yayasan Pahang Plantation Holding.

"Justeru, saya berbangga dengan pencapaian pegawai dan kakitangan KYP yang tidak jemu-jemu berusaha meningkatkan prestasi dan profesionalisme sejak ia ditubuhkan pada 1983," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Yayasan Pahang dan Anak-Anak Syarikat 2011 di Hotel Zenith di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohamad Safian Ismail.

Dalam pada itu, menurut Saariah, sebanyak RM600 juta dibelanjakan dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti melalui bantuan pendidikan kepada anak-anak Pahang.

Katanya, lebih 600,000 penerima terdiri daripada pelajar peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk masyarakat Orang Asli menikmati kesan daripada bantuan dan program pendidikan itu.

"Saya berharap dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh KYP, ia akan menjadi sebuah organisasi rujukan suatu masa nanti," jelasnya.

Tambahnya, KYP merupakan agensi pertama menerima persijilan TQM Fast Track daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Bhd., dan organisasi kedua di Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa Asian Pasific Business Excellence Standard Award yang berpangkalan di Hong Kong.

Jelasnya, anak-anak syarikat turut menunjukkan prestasi membanggakan seperti Kolej Antarabangsa Ikip yang diletakkan sebagai lima peratus terbaik daripada 400 kolej swasta di negara ini.

"Malah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berada di kedudukan teratas sebagai maahad terbaik berbanding maahad lain di seluruh negara termasuk Darul Quran," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan sertai Bebaskan Anwar 901

Posted:

Jangan sertai Bebaskan Anwar 901

Jangan sertai Bebaskan Anwar 901

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

BERA 2 Jan. - Rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 kerana boleh mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menghormati mahkamah kerana setiap keputusan yang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan perbicaraan dan bahan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

"Kalau kita adakan demonstrasi, jika mempertikaikan keputusan mahkamah kerana tidak memihak kepada kita, bila masalah akan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tandatangan Peserta Felcra Projek Tanah Kelompok (RTK) Tembangau kepada 204 pekerjaan ladang Felda Plantation Gugusan Tembagau dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman; ADUN Guai, Nurol Azali Sulaiman dan Ketua Pengarah Eksekutif Felcra, Juzilman Basir.

Menurut Adnan, Anwar tidak boleh mengheret rakyat bagi mengadakan demonstrasi jalanan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Sebaliknya kata beliau, hak masyarakat juga perlu dihormati selain mempertahankan hak individu.

Beliau menambah, kempen berkenaan adalah tindakan yang boleh memberikan kesan buruk dan menggugat kestabilan baik dari segi keamanan, politik, sosial dan ekonomi negara.

"Anwar boleh membuat rayuan jika keputusan hakim itu nanti tidak memihak kepada beliau" jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

MPWK sasar 70 usahawan wanita menerusi program 1Azam Niaga

Posted:

MPWK sasar 70 usahawan wanita menerusi program 1Azam Niaga

MPWK sasar 70 usahawan wanita menerusi program 1Azam Niaga


NORHELAN Mahmud (berdiri, 11 dari kanan) bersama usahawan kecil wanita yang menerima sumbangan peralatan di bawah program Teman 1Azam di Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 2 Jan. - Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Jerantut mensasarkan seramai 70 usahawan wanita di daerah ini dapat menjana pendapatan menerusi program 1Azam Niaga tahun ini.

Pengerusinya, Norhelan Mahmud berkata, mereka antara penerima bantuan peralatan perniagaan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertujuan membantu golongan itu keluar daripada kepompong kemiskinan.

''Program yang berteraskan konsep keusahawanan sosial itu menawarkan bantuan barangan perniagaan dengan kadar maksimum RM3,000 seorang selain dipertimbangkan bagi memohon pinjaman kewangan melalui skim pinjaman mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan peralatan perniagaan kepada usahawan wanita di bawah program Teman 1Azam bagi kawasan Parlimen Jerantut di sini, semalam.

Norhelan yang juga Ketua Wanita UMNO Jerantut berkata, bantuan peralatan antara manifestasi kerajaan untuk membela kebajikan peniaga khususnya wanita di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

Beliau berharap semua penerima bantuan itu dapat memanfaatkan setiap peralatan terbabit dengan menjadikan bidang perniagaan sebagai cabang ekonomi dan sumber pendapatan pada masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan