Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Khidmat bas diberhentikan

Posted:

Khidmat bas diberhentikan

Khidmat bas diberhentikan

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusan.com.my


Penduduk mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan negeri mewujudkan semula perkhidmatan bas henti-henti di Taman Sentosa, Klang yang diberhentikan perkhidmatannya sejak dua bulan lalu. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah


KLANG 2 Jan. - Kira-kira 100 penduduk Taman Sentosa di sini berhimpun secara aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemberhentian perkhidmatan bas henti-henti di tempat mereka sejak dua bulan lalu.

Mereka yang berhimpun kira-kira setengah jam bermula pukul 10.30 pagi turut menyatakan kekecewaan terhadap Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang mereka dakwa lepas tangan terhadap masalah yang dihadapi penduduk.

Utusan Malaysia difahamkan, syarikat pengendali bas tersebut menghentikan perkhidmatan mereka di kawasan itu selepas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor gagal berbincang mengenai beberapa perkara berbangkit termasuk isu kadar tambang.

Seorang penduduk, Mohd. Khir Johari, 51, berkata, apabila perkhidmatan bas diberhentikan, ia menyukarkan penduduk untuk menjalankan urusan harian terutama pelajar sekolah dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri serta hanya bergantung kepada pengangkutan awam.

"Ini menyukarkan anak-anak kami untuk ke sekolah terutama sekali apabila musim persekolahan baharu akan dibuka hanya beberapa hari saja lagi.

"Satu-satunya pilihan pengangkutan awam yang ada untuk kami buat masa ini adalah perkhidmatan teksi yang kadar tambangnya jauh lebih mahal berbanding perkhidmatan bas sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman itu di Jalan Datuk Dagang 6, Taman Sentosa di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Hassan Mat Isa, 59, pula mengeluh kerana terpaksa membayar kadar tambang teksi yang jauh lebih mahal setiap kali hendak ke pusat bandar iaitu RM30 untuk pergi dan balik berbanding hanya RM1.40 sahaja untuk bayaran tambang bas sebelum ini.

"Dengan pemberhentian perkhidmatan bas ini, perbelanjaan harian penduduk di sini juga meningkat berkali ganda dan ia sangat membebankan. Kami desak kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan bas di kawasan kami ini sekiranya mereka benar-benar prihatin terhadap rakyat," tegasnya.

G. Sivananthan, 65, pula kecewa dengan Dr. Siti Mariah dan Dr. Xavier yang langsung tidak menghiraukan keluhan penduduk walaupun pemberhentian perkhidmatan bas itu membebankan mereka.

"Kedua-dua wakil rakyat ini sehingga hari ini gagal menyelesaikan masalah ini walaupun mereka tahu yang ia membebankan penduduk di sini. Apakah ini cara layanan kerajaan berkebajikan kepada rakyatnya?," dia menyindir.

Selain itu, Albert Khaw, 57, pula berkata, dia hairan kerana sejak kerajaan negeri diambil alih oleh PKR pada 2008, pelbagai masalah penduduk timbul dan mereka dilihat gagal menyelesaikannya walaupun penduduk beberapa kali menyuarakan keluhan mereka.

"Semasa berkempen pada pilihan raya umum yang lalu, mereka menabur pelbagai janji kepada rakyat, tetapi selepas memenanginya mereka ternyata gagal mentadbir negeri dengan baik, malah keputusan yang dibuat mereka kebanyakannya sering membebankan rakyat," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Peniaga bantah DBKL roboh Pasar Besar TTDI

Posted:

Peniaga bantah DBKL roboh Pasar Besar TTDI

Peniaga bantah DBKL roboh Pasar Besar TTDI

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Sebanyak 250 peniaga Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI ) di sini membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bercadang merobohkan pasar itu untuk digantikan dengan kondominium.

Mereka yang menyuarakan bantahan menerusi perhimpunan aman di pasar itu Sabtu lalu menyelar tindakan DBKL itu, yang dilihat bakal menjejaskan periuk nasi mereka setelah 25 tahun mencari rezeki di situ.

Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan DBKL yang ingin membangunkan pusat komersial di situ dilihat sangat tidak wajar dan zalim kepada para peniaga.

Katanya, sudahlah mereka tidak diajak berbincang mengenai isu ini, malah peniaga juga langsung tidak menerima notis ataupun surat yang memaklumkan tapak pasar itu bakal dirobohkan.

Ujarnya lagi, semua maklumat cadangan merobohkan pasar berkenaan hanya diketahui peniaga melalui kenyataan dalam sebuah akhbar tempatan awal bulan Disember lalu.

"Kami akan berada di belakang peniaga untuk menghalang sebarang pembangunan di kawasan ini.

"Ke mana peniaga harus pergi kalau pasar ini dirobohkan. Selama 25 tahun mereka berniaga di sini dan adalah amat tidak adil jika pasar ini dirobohkan," katanya pada media selepas mengetuai bantahan aman itu.

Katanya lagi, peniaga telah berjaya mengumpulkan sebanyak 5,000 tandatangan daripada

pengunjung dan penduduk sekitar yang membantah cadangan DBKL itu.

Jumlah tandatangan tersebut, katanya, jelas membuktikan yang masyarakat masih mahu pasar tersebut dikekalkan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar tersebut, Jenny Loo berkata, tiada sebab mengapa pasar itu perlu dirobohkan kerana selama 25 tahun ia beroperasi telah menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya, ada banyak lagi tempat yang boleh dibangunkan.

"Pasar tradisi ini sudah tidak banyak lagi di ibu kota, sangat sayang kalau ia dirobohkan begitu sahaja.

"Kami juga sangat kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlalu mementingkan diri sehingga kebajikan peniaga tidak diendahkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2 restoran di Tasik Titiwangsa diroboh

Posted:

2 restoran di Tasik Titiwangsa diroboh

2 restoran di Tasik Titiwangsa diroboh


Pekerja DBKL sedang membuka kanopi restoran di bekas tapak Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur kelmarin ekoran kegagalan pemiliknya mematuhi peraturan.


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Dua buah restoran di Taman Tasik Titiwangsa ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam setelah diberi notis tutup sejak enam bulan lalu kerana menerima aduan kacau ganggu daripada penduduk setempat.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Peniaga Kecil, Saiful Mazli Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak lapan notis henti operasi sejak Julai 2011 kepada restoran tersebut, yang beroperasi di bekas tapak Eye On Malaysia.

Katanya, notis terakhir yang diberikan adalah pada 28 Disember dan pihaknya sudah memberikan tempoh yang cukup bagi pemilik restoran terbabit untuk mengosongkan premis mereka.

"Tindakan ini diambil kerana pemilik restoran telah melanggar beberapa syarat yang ditetapkan di samping kami mendapat aduan daripada penduduk setempat.

"Antara kesalahan yang dilakukan adalah membuat penyambungan struktur kekal pada restoran mereka, beroperasi lebih waktu, mencuri bekalan elektrik dan terdapat aktiviti yang mencemarkan tasik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai operasi pengosongan tapak restoran terbabit semalam.

Semasa operasi dijalankan, salah satu daripada restoran terbabit sedang beroperasi dan mereka terpaksa menghentikannya. Bagaimanapun, tiada kekecohan berlaku semasa penguatkuasaan itu dilaksanakan.

Saiful Mazli berkata, selain dua buah restoran terbabit, empat restoran berhampiran Istana Budaya yang terletak berdekatan turut diberi notis pengosongan.

"Empat buah restoran ini akan dikosongkan dalam masa terdekat kerana kami mendapat aduan daripada penduduk ia menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Penduduk turut merungut kerana perniagaan yang dibuka sehingga larut malam menyebabkan bunyi bising," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan